Jumaat, 9 Januari 2009

Semakin hari semakin bosan....huhuhu

Tag aku je korang dah bleh agak apa yang memboringkan tu..mmm apa lagi kalau tak sekolah. Bosan giler...nasib baik tak menjejaskan aku nyer ko-bisnes iaitu mengajar. Nasib baik tahun ni aku dapat kelas yg ok2 smuanya. 6B dan 5A budak2 aku yg tahun lepas,so senang nak ajar. Aku dah tahu perangai diorang dan diorang dah tahu perangai aku.Senang nak tune budak2 yg kita dah kenal. Pastu kelas 2D plak mmg aku tak bg can. Masuk jer jd singa.hehehe.bukan apa,kalau kita masuk je dah senyum2 nanti budak2 ni susah nak control dah. So,biarlah diorang takut kat aku dari awal. Pastu pelan2 aku wat baik la ngan diorang.Ye tak...Then kelas 3B aku ajar seni. Mostly budak2 aku gak masadiorang darjah 1, aku jadi guru kelas diorang. So,supposed no problem with them. Lastly,kelas 3E....mcm nakal sikit tapi aku wat mcm masuk kelas 2D. Kena garang2 skit baru diorang tak mula nak pijak kepala...Kesimpulannya kelas2 yg aku dapat tahun ni oklah.Tak memberi masalah buat masa ni.
But yang membuat aku bosan adalah suasana sekolah. Tak tahulah apa masalahnya. Agaknya banyak sangat aura2 negatif kot...hehehehe...
what happen this week?
mmm...biasalah permulaan sekolah mesti banyak keje. Menguruskan budak2 kelas aku 6 Bestari. Pastu meting...meting...meting. Then semalam hari khamis ada jamuan untuk meraikan kak samjah yg bersara n kak Midah yang naik pangkat jadi GPK 1 kat SK Sg Besi 2..aku tak mkn sgt. Tak taulah apasal laa mcm tak lalu makan lak seminggu ni ekk...kalau setahun mcm ni boleh kurus aku ni..kan..kan..hehehe.

Selasa, 6 Januari 2009

Hari kedua sekolah.....

Apa yang menarik hari ni ekk?Jawapannya...tak ada apa2 pon. Makin hari makin bosan datang sekolah. Tak tau lah kenapa dengan aku ni. Tak semangat langsung. Mana hilangnya semangat aku yang lepas2, yang sentiasa berkobar2 tiap kali awal tahun? Tak tahu mana perginya. Decorate kelas pon malas. Pada hal benda2 dari kelas 6C tahun lepas ada je. Tapi malas tahap gaban nak pasang kat kelas aku ,6B. Jadual bertugas belom wat,carta organisasi blom wat...ntahlah kenapa jadi macam ni. Tapi bab mengajar tak de masalah. Mood tak mempengaruhi untuk mengajar,setakat ni lah. Esok lusa belum tahu. Hari ni ada meeting lagi. Penatnya minggu ni,hari2 ada meeting. Ngantuk giler bila sampai kat umah. Tu yg bukak sekolah ni,hari2 asyik tido petang jer. Kalau hari cuti memang aku tak tido petang. Cuma nya aku bangun tengahhari la kan..hehehe

Ahad, 4 Januari 2009

Gila internet...

Sejak dua menjak ni aku mmg hari2 berkepit ngan laptop jer,ngan internet 24 jam. Selagi tak pejam mata selagi tu mengadap internet. Sejak aku ada laptop baru ni,laaagilah ligat aku berinternet. Laptop lama aku bg hubby. Kadang2 aku chat ngan hubby walaupun sebelah2. Saja suka2..hehehe.Hubby pon sama gak ngan aku gila internet. Tapi aku dahsyat lagi laa sebab bleh tahan sampai kol 4-5 pagi. Ni sekolah dah bukak tak blehla wat mcm tu lagi. Alamatnya liatlah nak bangun gi sekolah nanti. Dahlaa aku mmg tak suka gi sekolah.
mmm...sebut pasal sekolah ni,lemah semangat aku. Bosannya tak bleh nak cakaplah. Aku ckp ngan hubby,nanti kalau kuar iklan apa2 pasal penempatan kat PPD ke Jabatan ke,aku nak apply lah. Nak keje pejabat plak kot. Bosan mengadap budak2 dan org2 yg tak pandai wat kerja. Berserabut. Jadi mcm katak bawah tempurung jer. Jiwa aku bukan di sekolah agaknya.Bukan jiwa pendidik.Sebab tu walau dah nak masuk tahun ke 6 aku mengajar aku masih rasa macam baru posting je. Rasa berserabut...mmm...aku perlu lakukan sesuatu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Bukan bermaksud aku tak bersyukur,tetapi kita perlu berusaha juga untuk mempertingkatkan kehidupan kita kan..