Sabtu, 24 Oktober 2009

Activities @ School

Malasnya nak update blog lately..kalau dah start tu,okla..nak mula tu susah..mcm2 aktiviti kat sekolah sepanjang minggu ni..minggu ni agak meletihkan dan sgt sibuk sebab membuat persiapan untuk Program RIMUP yang diadakan pada 21hb 10 hari rabu lepas..aku berpuas hati dengan semua persembahan dari mula tetamu sampai hinggalah habis acara..tetapi yang buat merosakkan majlis adalah sikap murid2 SKTHO yang ada kat dewan pada masa tu...tak semua tapi kebanyakannya..sangat memalukan!..tiba2 masa majlis berlangsung,sekumpulan murid berlari naik ke pentas menyerbu dan berebut2 goodies bag yang ada kat situ...sangat2 memalukan sebab kejadian tu berlaku di hadapan murid2 SJKT dan cikgu2nya...inilah namanya bangsa yg tak sedar diri..patutnya dan umumnya masyarakat melayu bukan ke sepatutnya kaya dgn adat sopan dan budi bahasa...tapi yang teserlah pada hari tu lebih kepada sikap kurang ajar dan tak bermoral..malu sungguh aku dgn tetamu2 dari SJKT Kg Pandan..aku memang respect dgn murid2 dan cikgu2 dorang...sangat bagus,disiplin murid2 diorang sgt bagus sama ada masa aku pegi skolah diorang dan masa diorang dtg ke SKTHO...elok je perangai dan sgt2 menghormati tetamu..
Gambar kat bawah ni adalah rentetan persembahan yang ada pada hari tersebut..bermula dengan ketibaan tetamu yang disambut dgn muzik kompang,kemudian perasmian dan persembahan adat istiadat perkahwinan melayu..
Ketibaan tetamu2 dari SJKT Kampung Pandan disambut dengan bunga manggar,bunga rampai dan muzik paluan kompang..
Persembahan adat istiadat perkahwinan melayu...pasangan pengantin adalah pasangan adik beradik Daniel dan Diana
Persembahan pencak silat oleh Mohd Faiz dan Khairul Annam...yg Faiz ni puasla aku memujuk untuk wat persembahan silat,yang Annam ni pulak memang sporting habis..
Upacara menepung tawar pengantin dimulakan dengan Pn Hajah Sabariah dan diikuti oleh guru-guru SJKT Kg Pandan kemudian oleh wakil AJK PIBG,EN. Razlan..
Persembahan tarian tradisional oleh murid-murid Tahun 6 diiringi lagu Joget Berhibur

Persembahan koir murid2 Tahun 5 mendendangkan lagu Gemuruh

Persembahan dari murid-murid SJKT Kampung Pandan-tarian tradisional masyarakat India
Aktiviti membuat "komam" menggunakan beras yang diwarnakan

Acara-acara lain adalah sukaneka,permainan congkak dan dam ular,menganyam ketupat dan kraf seni

Produk yang dihasilkan oleh murid2 RIMUP

Rabu, 14 Oktober 2009

Busy week...

Banyak benda nak wat..jadi pening tak tahu nak wat mana satu dulu...semalam 13hb ada program RIMUP kat SJKT Kg Pandan..bagusla skolah diorang ni layan tetamu..budak2 dia pon bagus,sekolah bersih..sambutan dan persembahan SJKT ni memang bagus la..so,malu pulak kalau dia datang sekolah kita minggu depan,sambutannya ala kadar je...Sebelum tu,jumaat lepas majlis penutup Bulan Kemerdekaan..kat bawah ni pic koir kelas 5A..bagus diorang ni,bersungguh-sungguh berlatih and very good teamwork...keep it up!

Jumaat, 9 Oktober 2009

2nd day posa...

Hari ni hari kedua puasa..kat sekolah rasa cergas je,balik umah je rasa letih,tambah2 kalau tido lagi rasa letih...pening kepala aku..pagi tadi sahur dgn 2 bijik karipap dan nescafe O,berbuka pon dgn menu yg sama...hubby gi jamuan raya kat sekolah..dia balik tu bawak balik bihun goreng,so sambung makan bihun goreng lak..mcm biasa,memang selalu tak habis..separuh je luak..kalau aku paksa makan sampai habis,mesti muntah nanti..
Dah lama tak naik stepper dgn basikal tu..adalah seminggu..ni dah posa tak larat lak,asyik migren je sehari dua ni...takpe2, selagi berat tak bertambah,ok la tu...maybe after puasa kot start naik basikal tu balik..ingat nak joging,kak azua ajak gi jog kat taman tar,tp aku posa takut xlarat la pulak..faktor yang menyebabkan letih ni sebenarnya tido petang..esok nak posa ke tak ek?..mcm tak larat,tapi.....huhuhu.....

Khamis, 8 Oktober 2009

1st Day Puasa...

Aku sebenarnya memang bercadang nak puasa start hari raya kedua lagi..tapi banyak sangat cabarannya,bukan sebab aku xtahan lapar atau nafsu makan..cabarannya lebih kepada org2 sekeliling..finally,hari ni aku berjaya jugak habiskan satu hari berpuasa..congratulation to me!
Entry about yesterday...
semalam aku,kak azua,kak yam dan maisarah ke Agrotek Hulu Langat..jumpa pengurus tempat tu dan kebetulan jumpa owner Agrotek tu sendiri..bincang2 lebih kurang dan mintak quotation untuk program Tahun 6..lepas tu kitorang makan2 dan mandi sungai...sejuk giler..yang bestnya takde orang...tapi tak lama lepas tu,staff2 JKR yang ada event kat situ buat program kat sungai tu,kitorang tengok je lah program diorang..mostly macam budak2 muda yang baru keje kot,maybe tu sebagai salah satu orientasi untuk diorang...


Kawasan sekitar Agrotek..for the first time aku suka sgt2 dgn kawasan ala2 hutan ni..banyak tempat aku pegi,tapi aku rasa Agrotek ni yang paling alive and real..

Mandi manda kat sungai...sejuk,sampai kaki aku jadi krem...huhuhu

Isnin, 5 Oktober 2009

Open House On Weekend..

Open house lagi...hari sabtu kat umah baru kak nor kat pandan mewah..aku gi dgn kak azua,dah petang dah pon..kena tunggu kak azua habis tanda kertas upsr..berpusing-pusing gak la cari umah kak nor,sbb tak ingat peta nak gi umah dia..pastu,banyak pulak umah kat situ yang buat open house,nasib tak silap umah..

Hari Ahad ada 3 jemputan...huhuhuhu....first aku,kak azua,kak midah dan anak dia gi Agrotek,Hulu Langat...mmg happening giler la kat sini,hilang penat dan tensen sbb jem sebelum sampai ke situ..mmg serius best!memang terasa mcm suasana raya di kanpung,original raya environment..dengan pekerja2 berpakaian ala2 kampung,dgn khemah2,dgn kawah,dengan org kacau dodol,semuanya live and alive...sayangnya tak banyak gambar yang bleh di snap sebab tak ada orang nak snap...semua bz..kawasan agrotek ni memang cantik,redup,fresh je..i'm thinking about going there again next time,mandi sungai.. Dari Agrotek,kami ke umah cikgu amir di kuarters alam damai..nak keluar dari hulu langat nasib baik tak jem seteruk nak datang tadi,yela sbb ada YB yang buat open house hari ni,then ada beberapa kenduri kahwin pulak,sbb tu jem...sampai umah cikgu amir dah kol 5.30..duduk makan2 lebih kurang,kol 6.45 aku dah sampai umah...terus ajak hubby gi umah mak tam kat ILP Kuchai Lama...open house kat umah maktam makan steamboat...best!

Jumaat, 2 Oktober 2009

Open House

Benda yang paling seronok bila buka sekolah after raya adalah,berkonvoi dari umah ke umah kwn2 untuk memenuhi jemputan open house..first open house tahun ni,umah kak yati..umah kak yati ni environment dia best,mcm nak baring2 je dlm umah dia lepas mkn...hehehe...sorry kak yati,apa2 pon mmg makanan kat umah akak dan umah akak memang best..pastu rajin pulak melayan kitorang yang order macam2...huhuhu...jemput2la selalu ye.

Teringin jugak aku nak wat open house tapi memandangkan umah aku yg sekangkang ayam tu agak susah gak la nak wat..nanti2la ye...:)