Malasnya nak update blog lately..kalau dah start tu,okla..nak mula tu susah..mcm2 aktiviti kat sekolah sepanjang minggu ni..minggu ni agak meletihkan dan sgt sibuk sebab membuat persiapan untuk Program RIMUP yang diadakan pada 21hb 10 hari rabu lepas..aku berpuas hati dengan semua persembahan dari mula tetamu sampai hinggalah habis acara..tetapi yang buat merosakkan majlis adalah sikap murid2 SKTHO yang ada kat dewan pada masa tu...tak semua tapi kebanyakannya..sangat memalukan!..tiba2 masa majlis berlangsung,sekumpulan murid berlari naik ke pentas menyerbu dan berebut2 goodies bag yang ada kat situ...sangat2 memalukan sebab kejadian tu berlaku di hadapan murid2 SJKT dan cikgu2nya...inilah namanya bangsa yg tak sedar diri..patutnya dan umumnya masyarakat melayu bukan ke sepatutnya kaya dgn adat sopan dan budi bahasa...tapi yang teserlah pada hari tu lebih kepada sikap kurang ajar dan tak bermoral..malu sungguh aku dgn tetamu2 dari SJKT Kg Pandan..aku memang respect dgn murid2 dan cikgu2 dorang...sangat bagus,disiplin murid2 diorang sgt bagus sama ada masa aku pegi skolah diorang dan masa diorang dtg ke SKTHO...elok je perangai dan sgt2 menghormati tetamu..
Gambar kat bawah ni adalah rentetan persembahan yang ada pada hari tersebut..bermula dengan ketibaan tetamu yang disambut dgn muzik kompang,kemudian perasmian dan persembahan adat istiadat perkahwinan melayu..
Ketibaan tetamu2 dari SJKT Kampung Pandan disambut dengan bunga manggar,bunga rampai dan muzik paluan kompang..
Persembahan adat istiadat perkahwinan melayu...pasangan pengantin adalah pasangan adik beradik Daniel dan Diana
Persembahan adat istiadat perkahwinan melayu...pasangan pengantin adalah pasangan adik beradik Daniel dan Diana
Persembahan pencak silat oleh Mohd Faiz dan Khairul Annam...yg Faiz ni puasla aku memujuk untuk wat persembahan silat,yang Annam ni pulak memang sporting habis..
Produk yang dihasilkan oleh murid2 RIMUP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan