Jumaat, 21 November 2008

Akhirnya......balik kampung jua..

Itulah orang cakap,kadang-kadang apa yang kita rancang tak menjadi.Kan aku cadang nak balik kg awal bulan 12,tapi akhirnya aku and hubby balik hari ni,tumpang member hubby lepas smyg jumaat nati. Beg2 baru je kemas kol 11.30 tadi. Tak bersungguh sangat nak balik pun sbb aku dah terbayang dah saat2 boring kat sana. Bawa balik 2 beg kononnya satu beg aku,satu beg hubby.tapi sebenarnya banyak baju2 aku je dalam tu. Kena bawa baju banyak sbb kat kg musim hujan dah bermula,nanti baju susah nak kering. Rasa sedih pun ada nak tinggalkan umah aku kat kl ni. Yelah walaupun boring, tapi KL ni better than Pantai Timur tu. Ni diaa beg2 aku.Ingat nak bawak beg troli,hubby marah dia kata nanti penuh bonet kete orang...btul gak tuh Ni tupperware yang mama order. Aku kan dealer tupperware(tp aku sendiri jarang2 beli...hehehe).Tak tau apa lagi nak wat balik. Aku balik kg ni agak lama gak,but hubby ulang alik kg-kl. 29hb11 ni hubby kena balik kl utk daftar OUM and blaja drive.Pastu balik utk raya haji. Then 13hb12 dah start kelas OUM. Tinggal laa aku ngan famili
Untuk kucing2 kesayanganku,Sorry...tak dapat wat balik makanan Smart Heart utk korang. Maklumlah menumpang kete orang. Tak sabar nak balik main kucing.Seronoknyaaaa......

Rabu, 12 November 2008

Jamuan rumah baru..

Kol 3 lepas sekolah hari ni Masfuzah buat makan2 kat umah baru dia kat pandan indah. Cantik umah dia,townhouse tingkat atas. Mas baru jer pindah menyewa kat sini...Aku lupa nak ambil2 gambar kat umah dia tu..Kalau tak, bleh upload kat sini. Balik naik lrt lagi hari ni...Minggu ni banyak kali naik lrt sejak kereta takder nih. Terpaksalah berjinak-jinak naik kenderaan awam. Kalau tak penat tu seronok gak. Macam semalam gi KLCC konon nak cari blouse la nak pakai dinner hari khamis ni, belek harga dekat rm400 pun ada harga blous tu..apa punya mahal la, ada jugak orang beli. Ni kali pertama gi KLCC setelah beberapa tahun tak pegi. Banyak perubahan yang aku tengok..banyak kedai baru yang mmg aku tak mampu nak beli barang2nya. Dalam kol 4 lebih aku ngan hubby naik tren gi Masjid Jamek. Gi cari blouse kat Semua House jer laa. Aku beli kemeja ngan skirt. Pakai hari Sabtu nantilah. Time sekolah tak boleh pakailaaa pulak.

1 Amanah.....kecoh

Kelas 1 Amanah ni buat aku pening sebenarnya. Pening nak melayan karenah. Aku bukan suka budak2 sangat. Datang yang ngada-ngada, gedik-gedik, tak kuasa aku nak layan. Kalau time sebelum periksa, oklah sebab belajar. Time belajar diorang ni tak buat perangai sangat. Bila lepas peksa jer.....macam nilah, kecoh satu kelas. Takder apa nak buat. Melalak je laa kejenya. Aku masuk kelas duduk2 jer. Aku keluarkan kamera nak ambik gambar diorang, mencicit lari ke depan, posing...alahai budak-budak. Ni antara gambar-gambar diorang ni..





Jamuan Hari Jadi....

Budak2 kelas aku 6c sibuk nak buat jamuan lagi. Hari tu dah jamuan kat kantin ramai2 combine ngan 6a,6b,6c dan 5a. Aku lupa lak nak amik gambar hari tu. So, untuk hari ni aku dapatla beberapa keping gambar. Kebetulan ada salah sorang budak kelas aku, Syazana nak buat sambutan hari jadi. Mak dia sponsor kfc dan kek sebijik. Makanan lain-lain aku suruh budak2 lain bawak. Aku tak sempat nak merasa seketul ayam kfc tu..aku ingatkan dia bawak banyak.Rupa2nya cukup2 untuk kawan2 dia je..Tak per laa,bukan aku nak sangat pun.
Bergambar beramai-ramai kat belakang kelas. Ada juga budak2 yang tak datang.
Sebahagian daripada budak2 lelaki kelas 6C. Budak2 ni elok je perangai. Takder nakal teruk2 sangat...biasa jee

Yang baju hijau tu besday girl. Diorang ni aku dah larang jangan main baling tepung. Susah betul kalau bercakap dengan budak2 sktho ni. Tapi tak per lah sebab diorang janji ngan aku diorang akan sapu...dan memang diorang sapu. Elok laa tu, kalau tak bising pulak makcik2 tu. Padahal memang keje diorang pun sapu2 skolah,kan dibayar gaji......
Aksi2 budak2 berjamuan.....

Penat. Melepak ngan cikgu2 yang datang bertandang. Sian cikgu2 ni tak dapat makan apa2. Makanan dah habis. Aku dah siap kemas pun. Ralat juga rasanya. Kalau ada kereta, dapat juga aku masak2 sikit bawa datang sekolah jamu cikgu2.....next year lah...



Ahad, 9 November 2008

Open house Deepavali

Semalam lepas Kak Azua ambik aku kat umah berserta ngan hampaer2 yang 6 bijik tu, kitorang gi ronda2 and minum2 kat PGRM. Pastu, kitorang gi UO kat Galaxy yang idup segan mati tak mahu tu.....dalam sejam, kak Azua bawa aku pusing2 kat taman2 perumahan sekitar Taman Dagang. Saja nak tengok2 umah orang. Seronok rasa tengok umah orang Bestnya kalau ada umah yang ada tempat parking sendiri dan laman.Dlm pukul 2.50 macam tu, kitorang gi umah Kak Yan. Dah janji nak gi open house umah Santha sama2 kol 3. Hubby takder ni senang sikit nak gi jalan umah kwn2. Kalau tak, susah jg sbb hubby for sure tak nak ikut. Nanti dia tinggal sorang2 kat umah, sian lak. Tunggu Masfuzah dalam 10 minit, kitorang tumpang kete dia...Sampai2 umah Santha, Cikgu Zuraimi dah ada ngan famili dia. Kak Zawiyah pun ada tapi tunggu kat bawah nak naik sama.Then, kitorang makan2, Kak Roslizah, Kak Nadzirah and Savinder. Tak lama tu, Kak yam n kakak dia, n En Said pun sampai..Cantik betul umah Santha.Konsep Modern. Ni gambar2 kat umah Santha...









































Jumaat, 7 November 2008

Rimup...Pertandingan Buat Kolum

Hari Jumaat sebelum Cuti Deepavali hari tu,aku n kak azua bawa 20 orang murid ke SJKT Kampung Pandan untuk menyertai Program Rimup,pertandingan buat kolum...Ini adalah kolum yang dihasilkan oleh kimpulan 5 yang dianggotai oleh 2 murid SKTHO dan 3 murid SJKT Kg Pandan. Kolum ni mendapat tempat pertama daripada 8 kumpulan yang bertanding.Kumpulan ni memang kreatif dan kemas.Aku adalah salah sorang pengadil pertandingan ni








Ini salah satu kolum yang menarik juga daripada Kumpulan 6.Kolum ni cantik tapi macam kurang kemas sikit sebab background tu beras agak bersepah-sepah...











Aku tengah membuat penilaian dan pemarkahan untuk Pertandingan Kolum ni.Susah juga nak bagi markah sebab semua kumpulan cantik-cantik. Cuma ada satu dua kumpulan tu kurang kemas sikit.






Khamis, 6 November 2008

Mee sup tulang

Balik sekolah je terus gi pasar tani ngan hubby. Beli tulang n daging.Dah lama teringin nak makan mi sup tulang..pusing-pusing pasar tani tu tiba-tiba hujan lebat.alamak...dah la naik moto.macam mana nak balik nih...ni yang payah kalau takde kete ni.dah masuk seminggu kete kat bengkel.radioter and gear box ada crack.kena tukar.time-time macam ni rasa nak terus gi order kete baru jer...kete yang murah2 macam kancil ke....

Selasa, 4 November 2008

Lagi.......kucingku comel

anak-anak kucing sedang bergurau senda......hehehe

Orangy..



Ini ORANGY.Dia ni paling serabai sekali antara 3 beradik.Dahla kurus kering,comot lak tuh...tapi,itu masa kecik je.Bila besar cun and gebu...

Blink2




Ini BLINK-BLINK. Masa kecik bulu dia semua kelabu asap..Bila besar bertukar jadi oren skit...BLINK-BLINK ni dari kecik lagi memang gemok.Asyik makan whiskas je.BLINK-BLINK ni manja macam ayah dia CIKU.Suka dipeluk..macam Teddy Bear

Ini gambar BLACKIE masa kecik...terbeliak bijik mata...comot tak terurus.Masa kecik BLACKIE ni kurus jer.Tak pandai makan.

Hari buat Kek Coklat....

Dari semalam teringin nak makan kek coklat..so, hari ni balik sekolah je terus ajak hubby gi kedai kek Smile kat Maluri.Balik umah lunch ngan megi je.tak sempat-sempat nak singgah beli makanan sebab tak sabar2 nak wat kek.Kol 5.30 kek masak...tadaaaa....inilah gambar kek coklat aku. Nampak cantik kan...tapi rasa tak tau lagi..





Hari Jumaat sampai Ahad lepas tak sempat nak update blog sebab aku tido umah kak azua.Hubby kena gi kusus LDP kat PD.Sunyi jer hubby takder.Tapi takper sebab kak Azua rajin bawa aku jalan2.Kat sini aku uploadkan gambar masa aku n kak azua g Great Eastern Mall.Actually kitorang gi nak makan kat Cozy Corner kat situ,kebetulan ada Halloween Festival kat ruang legar.Seronok gak tengok budak2 pakai pakaian pelik-pelik.Lepas tu budak2 tu ronda satu shopping complex gi kutip gula-gula kat setiap kedai....