Kol 3 lepas sekolah hari ni Masfuzah buat makan2 kat umah baru dia kat pandan indah. Cantik umah dia,townhouse tingkat atas. Mas baru jer pindah menyewa kat sini...Aku lupa nak ambil2 gambar kat umah dia tu..Kalau tak, bleh upload kat sini. Balik naik lrt lagi hari ni...Minggu ni banyak kali naik lrt sejak kereta takder nih. Terpaksalah berjinak-jinak naik kenderaan awam. Kalau tak penat tu seronok gak. Macam semalam gi KLCC konon nak cari blouse la nak pakai dinner hari khamis ni, belek harga dekat rm400 pun ada harga blous tu..apa punya mahal la, ada jugak orang beli. Ni kali pertama gi KLCC setelah beberapa tahun tak pegi. Banyak perubahan yang aku tengok..banyak kedai baru yang mmg aku tak mampu nak beli barang2nya. Dalam kol 4 lebih aku ngan hubby naik tren gi Masjid Jamek. Gi cari blouse kat Semua House jer laa. Aku beli kemeja ngan skirt. Pakai hari Sabtu nantilah. Time sekolah tak boleh pakailaaa pulak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan