Isnin, 1 Jun 2009

Kenangan dulu-dulu....

Aku dah aktifkan facebook aku....ramai rupanya kwn2 aku,terutamanya dari matriks dulu,masa tu pusat matriks aku tu namanya PMKP...specialnya PMKP ni tak macam pusat matriks yang lain..PMKP ni hanya ada kitorang je dalam 100 lebih students dengan 12 kelas..tak ada senior,tak ada junior..hanya kitorang semata2..masa aku mula2 sampai sini,aku agak terkejut jugakla sbb tempat ni pada pandangan aku macam pusat serenti je..huhuhu...maklumlah bangunan lama..tapi kan,setelah mngharungi hidup kat sini,aku terpaksa akui kenangan kat PMKP paling tak dapat aku lupakan sepanjang hidup aku..seronok,happening,happy..banyak event yang kami organize dengan jayanya,siap ada pertandingan pasar malam,sukan,treasure hunt...semua student sini sporting habis and very supportive to each other..Kat sini aku tak pernah kenal erti dengki,busuk hati,mngata orang...semuanya baik dan elok...balance actually,ada yang kategori sosial giler,ada yang kategori alim giler,ada yang dua pon boleh,dan ada yang biasa2..gandingan kesemua kategori ni menjadikan PMKP tahun tu sangat happening dan ini diakui sendiri oleh cikgu2 kami yang mengatakan students tahun 98/99 adalah yang paling best dan sporting!
Hari ni aku view facebook aku,sorang budak matriks aku tu upload gambar2 masa kitorang kat PMKP...bila tengok gambar2 tu kan,aku tersenyum sorang2,tiba2 rasa macam fikiran aku melayang2 ke zaman 10 tahun dulu...yes,dah 10 tahun berlalu tapi aku sentiasa ingat setiap saat masa aku kat sana..emmmm....dalam pada dok view gambar tu,ada beberapa gambar mengingatkan aku pada seseorang...huhuhuhu....first love laaa konon..well,past is past,rite?now aku dah ada seorang lelaki yang baik dan menjaga aku dengan sempurna pada pandangan mata aku...dan lelaki tu adalah...my hubby....hehehehe
Agak lama gak aku view facebook tu,tgk gambar2 budak2 matriks aku kawin...rupa2nya ramai yang kawin sesama budak matriks aku jugak...tak sangka kan??ramai gak la couple yg sesama PMKP...huhuhu....itu menunjukkan kan how close we are sampai boleh ke jinjang pelamin,....well,itu namanya jodoh...aku ada banyak gambar masa matriks,masalahnya semua dalam album dan aku tak ada scanner,kalau tak dah lama aku upload..:P

Tiada ulasan: