Banyak sebenarnya backdated story tapi xtau nak mula mana dulu..yg paling menarik dan aku rasa memang boleh di ambil iktibar ialah berkenaan dengan hasil temubual AJK Majalah Karisma dengan seorang tokoh bergelar Dato' ni..sepanjang sesi temubual tu aku mendapati cerita,semangat dan prinsip Dato' ni amat menarik..cara dia bercerita tu boleh menaikkan semangat kita yang mendengar ni,bagi aku la kan..aku ada tanya satu soalan..bila saat yang paling menggembirakan dalam hidup Dato' sepanjang perjalanan karier dia bergelar ahli perniagaan?..jawapan dia bunyinya mcm bergurau,tapi aku suka jwpn tu..kalau aku pun mungkin aku akan jawab yg sama..dia kata saat dia menaiki kereta mewah dengan mempunyai driver sendiri..huhuhu....dia kata dia bergurau,tapi aku pun akan rasa gitu gak kalau buat pertama kali aku naik kete merc dgn ada driver...hehehe..then the best part of the interview with him was when he said about his princip dalam mencapai kejayaannya seperti sekarang..dia kata ada 4,aku pun ingat2 lupa ni,,tapi aku cuba memorize balik...
1. mesti disiplin dan konsisten...meaning jgn kejap berdisiplin,kejap ala kadar....
2. mesti terperinci...meaning bukan wat keje asal siap,bukan wat keje cincai boncai je..
3. mesti ada trust dlm diri...percaya dan yakin kita boleh buat,percaya pada diri kita sendiri
4. ni aku lupa...nanti kalau aku ingat aku update balik...
Aku rasa prinsip2 Dato' ni kita boleh guna dalam kehidupan seharian kita untuk mencapai apa yang kita nak..tak kira dalam apa aspek pun..aku percaya kalau kita apply semua tu,pasti kita boleh capai impian kita...when there is a will,there is a way...
Next story....
Ada dua situasi kat sini...situasi kat sekolah..dalam kelas paling depan dan dalam kelas paling belakang..apa beza murid2 dalam kedua2 kelas ni?...first kita akan cakap murid kelas depan murid pandai,senang nak ajar...murid kelas belakang murid yang tak pandai dan susah nak ajar,nakal,banyak masalah..aku tak nafikan tu,dan mmg kenyataannya kita lebih suka memilih yg senang,kan?..termasuklah aku sendiri...murid kelas depan selalunya kita puji,belai,marah ada juga tapi xsama macam kita marah murid kelas belakang...aku terpaksa akui,dan mmg kita semua terpaksa akui kadang2 wujud sikap pilih kasih kat sini walaupun secubit...kita selalu anggap murid2 kelas depan ni akal lebih baik,lebih panjang dan kita percaya mereka akan mengenang kita bila dah habis sekolah nanti..yelah sebab kita selalu puji dan belai mereka..kita jugak sering sangka murid kelas belakang akan benci kita,lupa kita,tak akan ingat pada kita lagi sbb kita selalu marah2 mereka,tengking,sometimes bila tahap kesabaran memuncak kita akan terlepas cakap perkataan2 yang tak sepatutnya kepada mereka,maki hamun mereka..betul kan?...hakikatnya bila mereka keluar dari sekolah...cuba tengok,siapa yang lebih menghargai kita sebagai cikgu?....murid2 kelas depan atau murid2 kelas belakang??...:)
Sekarang cuba nilai situasi ni....semalam aku dgn hubby ke pasar tani..singgah kat satu kedai buah ni..ada sorang budak lelaki yang jual buah2 tu..dulu dia yg tegur aku,aku mmg xperasan budak ni bekas budak sktho..dia tanya cikgu ni cikgu kat sktho kan?..aku jawab,ye..aku tanya dia murid tahun bila?kelas mana?aku ada ajar tak?...dia senyum je..dia kata dia murid sekolah tu 2 tahun lepas,meaning patutnya now dia form 2..dia ckp aku xde ajar dia tapi dia kenal aku cikgu skolah tu...part paling touching bila dia cakap..saya kelas hujung,cikgu..masa tu saya dgn pn hajah rohani,saya tak pandai,saya nakal,saya la yang selalu kena marah dulu,cikgu...dia mmg ramah betul bercerita,tak kekok langsung walaupun aku tak pernah ajar dia..pastu aku tanya,ni awak baru balik sekolah ke belom pegi sekolah..dia jawab,saya dah berhenti sekolah,cikgu..dah setahun lebih dah,tak minat belajar..masa dia bercakap dgn aku tu,aku tgk muka dia tulus je,hati bersih,...walaupun dia tak pandai belajar,tapi aku patut respect sbb dia rajin tolong mak dan ayah dia berniaga kat pasar tani..kebanyakan budak kan malu??..dia tak,siap boleh beramah mesra dgn cikgu lagi..kebanyakan yang aku perhatikan,mana2 budak yg parents dia berniaga kat pasar tani..mostly dari kelas hujung..tak segan silu menegur cikgu2..itu bagusnya diorang ni..
berbeza dgn situasi tadi...aku dgn kak azua ke desa pandan..kitorang mmg nampak 2 bekas budak sktho 2 tahun lepas,skrg form 2 jugak..diorang ni aku mmg ingat murid kelas A...nampak je aku dgn kak azua,daripada dorang lepak2 kat depan cc tu,boleh terus angkat punggung,blah..nak dtg salam takde,menegur apatah lagi kan??..pernah jugak jumpa kat ampang point,datang satu group geng dorang bekas murid 2 tahun lepas jugak,kelas depan...sekadar tengok kat aku n kak azua dan lalu mcm tu je...ada satu ketika tu pulak..kat tesco,budak tu mmg aku aku ajar tahun tu,kelas A..dia dgn mak dia siap boleh pilih2 barang sebelah aku,dah nampak aku kat sebelah ni..wat tak tau je...inilah namanya budak2 tak sedar diuntung...bila tiba time mcm ni,rasa mcm tak dihargai je penat lelah mengajar dorang..budak2 tahun 6C tahun lepas,kelas aku tu bagus..mmg bagus..jumpa terus dtg salam,tanya khabar tak kira la kat mana2 pun...tahun ni aku nak tgk mcm mana gayanya..terutamanya kelas yg sama yg aku ajar bertahun2..nak tengok sejauh mana diorang ni ingat cikgu2...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan