Rabu, 27 Mei 2009

Menu of the day..

Balik sekolah tadi pegi Jalan TAR..konon nak survey2 je,tapi aku ni mmg bukan boleh percaya,akhirnya terbeli kain dan tudung la pulak..huhuhu...balik dari Jalan TAR tu,aku singgah pasaraya beli barang2 nak masak...adik lelaki aku ada kat umah,so kena masak la kan...akhirnya dapurku berasap kembali...hehehehe
OK..apa yang aku masak malam ni??Mee Hailam.....:)
Siap ambik gambar lagi tu..adik aku kata jadi satu kerja pulak nak susun satu2 atas meja pastu snap gambar.....look at these..

Bahan-bahannya adalah....jeng...jeng...jeng...tengok sendiri...

Carrot dipotong-potong

Tauhu dipotong dan digoreng

Bahan untuk ditumis.....lada hitam,bawang putih,bawang merah

Sawi

Ayam,udang,sotong

Mi yang telah dibasuh

Finally,dah siap...proses masak tak sempat nak snap....

Backdated story...22 mei 2009

Ini cerita hari jumaat lepas,tak sempat nak update sbb excited upload pics "Glitter Nite" tu je...siang sebelum event tu,aku and kak azua bawa budak2 4 org tahap 1 dan 4 org tahap ke SJKC Tsun Jin untuk pertandingan mewarna dan melukis poster sempena pelancaran COMBI...temanya Tiada Nyamuk, Tiada Aedes...kami sampai awal,sementara menunggu sesi taklimat,kami meninjau2 sekitar sekolah ni...huhuhu....mmg SKTHO jauh ketinggalan aku rasa,dari segala segi...first2 masuk pagar sekolah tu,ada guard tolong bukak dan tutup pintu...actually beberapa kali kami keluar masuk,and guard tu sentiasa ada kat situ,tak ke mana2...kami tinjau dewan sekolah tu,mmg hebat...besar!Sebelah dewan ada satu bilik dipanggil bilik auditaurium...betul x aku eja ni...hehehe....mcm panggung wayang bilik tu..kat situlah kami diberi taklimat...then,persekitaran sekolah tu bersih sangat,aku rasa aku tak jumpa pun sampah bertaburan...tong sampah pun ada di merata2...aku tahu kenapa sekolah tu bersih,aku tengok pekerja-peerja yang ditugaskan untuk mmbersihkan kawasan sekolah tu asyik menyapu sepanjang masa..dari masa aku sampai hingga lah balik,aku tak nampak pun diorang ni melepak2....then,murid2 sekolah ni aku rasa mmg bagus dan berdisiplin,setiap murid yang aku jumpa semuanya akan tunduk mcm jepun dan ucap selamat pagi...tak pasal2 jadi segan pulak..tapi itulah yang sebaiknya kan?;p...

Mural kat dinding sekolah depan pondok jaga..siap ada kerusi meja untuk bersantai...

Inilah dewan yang besar tu...memang besar betul...dan paling penting..BERSIH

Ini senarai nama penyumbang yang memberi sumbangan kat sekolah ni...bila baca satu2,mmg bukan calang-calang orang yang memberikan sumbangan dan bukan calang2 jumlah yang disumbangkan..

Ini bilik auditorium tempat kami diberikan taklimat...

Murid-murid Tahap 1 dan 2 yang menyertai pertandingan ini.
Ini pertandingan melukis poster oleh murid-murid Tahap 2





Berikut adalah contoh-contoh lukisan poster yang menarik daripada sekolah-sekolah lain







Ahad, 24 Mei 2009

Teacher's Day Glitter Nite @ Nikko Hotel

Hebat kan??Cikgu2 SKTHO diraikan di Hotel Nikko. Tak payah keluar duit satu sen pun dapat jugak merasa hotel 5 stars ni...ke 6 stars?Tak sure la pulak,yg penting hotel ni hotel yang berprestij tinggi..sayangnya masih ada jug cikgu yg tak dapat datang walaupun free..;(..what ever je la kan..yang penting setakat ni aku dgn kak azua xpernah miss setiap event sekolah,sebab seronok...inilah masanya untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri setelah penat bekerja..betul tak?
Aku dan kak azua sampai dalam kol 6 lagi,saja dtg awal..patutnya kitorang kena wat backdrop kat situ tapi bila dtg tengok2 dah siap..dalam pada menunggu tetamu tu,aku nampak ajai dgn protege dia tengah lalu lalang kat depan function room kitorang...rasa mcm nak gi amik gambar je tapi nanti org ckp jakun lak xpernah jumpa artis...hahaha...last2 amik gambar sendiri je la...watch these...


Backdrop yang sepatutnya aku dan kak azua buat tapi management hotel dah siapkan..thanks!

Meja makan VIP...besar betul meja ni..

Meja yang akan dipenuhkan oleh cikgu-cikgu

Karaoke set sedang di pasang...

First menu...soto ayam...sedap!!

Ni desert....menu utama tak sempat nak amik gambar...menunya nasi tomato,rendang daging,sotong masak lemak,ayam masa merah,ikan asam pedas dan sayur campur...aku hanya makan ikan asam pedas,sayur dan seketul kecil ayam....nasi mmg aku tak makan dah 5 bulan...;p
emmm....susahnya nak kuruskan muka kan??muka tetap maintain bulat..huhuhu


Ni kat luar function room..

Cuba tengok betul2...ini bukan dalam bilik tau,dalam toilet...toilet pon elegant,kalau bilik xtau la mcm mana rupa...;p

Me with kak roslizah,ka nadzirah dan kak azua

Me with kak haidayati,kak rafidzah and kak mahanom

Me with kak fouwiza,kak yati and wan hatijah...

Penyanyi jemputan,adila...ini former student SKTHO...suara dia mmg best,bolehlaa masuk AF 3 tahun lagi

Barlian main keyboard sambil nyanyi lagu Tenda Biru...good performance!

Ini penyanyi tetap setiap event kat sekolah...bila dah start nyanyi sau lagu mcm xnak berhenti la pulak...hahaha....cikgu soffi

Mana2 cikgu yang tak pakai attire ikut theme,kena denda bergelek dgn hulahoop...

Ini dia Prom King dan Prom Queen untuk tahun ni....Muslim and Santha...merampas gelaran Cikgu Ngah dan Kak Yusniza yang menang tahun lepas...hehehe...

Yang aku paling impress,Puan Rokiah pun berkaraoke sekali...huhuhuh....aku ni teringin gak nak melalak kat depan tu,tapi nya aku malu.....so aku mmg sgt2 impress la kat sape2 yg menyanyi kat pentas tu sebab berani....



Kesimpulannya,dinner malam tu mmg best...aku bangga menjadi cikgu KL...hhahaha...kalau sekolah kat kelantan or terengganu,kirim salam ajelaaa nak wat event2 mcm ni..setakat dengar speech,makan,cabutan bertuah,balik...boring kan life kat pantai timur...tak dapat aku imagine kalau life aku kat sana..boleh mati kebosanan

Sabtu, 23 Mei 2009

Selamat Hari Guru...

18th May 2009-skolah aku buat sambutan hari guru...agak tak best nya sebab buat hari isnin,selalu kan org buat hari last sekolah sebelum cuti semester...ini kali kedua aku pakai kebaya ke sekolah...hehehe...selepas 6 tahun aku kat sini tau..cikgu2 ckp aku dah kurus,tapi aku rasa aku masih gemok...kalau kurus tu dalam berat 50kg aku consider slim laaa tu..so,kena work hard lagi laa nampaknya..yang penting raya nanti mesti slim fit..hahaha....


ok,tengok ni gambar2 masa sambutan hari guru kat sekolah...


Hadiah2 yang aku daat daripada murid-murid...

Bergambar dengan kak zawiyah,kak yati,dan kak azua..

Bersama kak yam..

Persembahan dari panitia Bahasa Melayu..

Persembahan mantap dari Barlian mewakili Panitia Muzik,band belakang tu miming je...hehehe

Wakil guru praktikum...bersajak..

Hahahaha....yg ni kelakar..actually ni panitia BI punya persembahan,aku jadi penyanyi import je..;p

Lagu apa pun aku tak tau,last minute berlatih...ntah apa2 ntah..dapat no last...;p







Agak banyak jugaklaa hadiah2 tahun ni,tapi aku pernah dapat lebih banyak daripada ni tahun2 lepas..

This is from Hazim.Dulu dia 5A,lepas kelas kembang dia masuk 5B..selalu kena marah dgn aku sbb asyik tak siap keje..budak ni mcm innocent je,tapi mmg malas sikit


Ini hadiah dari BKG kot...raga besi dan brooch..


Hadiah sbb menang dalam LDP hari sabtu hari tu,wat mozak utk slot PSV...



Hadiah pertandingan menyanyi lagu ntah apa2 tu...


Ini pertukaran hadiah,aku dapat daripada Kamarul,pastu aku bagi Kamarul jugak..