Ini cerita hari jumaat lepas,tak sempat nak update sbb excited upload pics "Glitter Nite" tu je...siang sebelum event tu,aku and kak azua bawa budak2 4 org tahap 1 dan 4 org tahap ke SJKC Tsun Jin untuk pertandingan mewarna dan melukis poster sempena pelancaran COMBI...temanya Tiada Nyamuk, Tiada Aedes...kami sampai awal,sementara menunggu sesi taklimat,kami meninjau2 sekitar sekolah ni...huhuhu....mmg SKTHO jauh ketinggalan aku rasa,dari segala segi...first2 masuk pagar sekolah tu,ada guard tolong bukak dan tutup pintu...actually beberapa kali kami keluar masuk,and guard tu sentiasa ada kat situ,tak ke mana2...kami tinjau dewan sekolah tu,mmg hebat...besar!Sebelah dewan ada satu bilik dipanggil bilik auditaurium...betul x aku eja ni...hehehe....mcm panggung wayang bilik tu..kat situlah kami diberi taklimat...then,persekitaran sekolah tu bersih sangat,aku rasa aku tak jumpa pun sampah bertaburan...tong sampah pun ada di merata2...aku tahu kenapa sekolah tu bersih,aku tengok pekerja-peerja yang ditugaskan untuk mmbersihkan kawasan sekolah tu asyik menyapu sepanjang masa..dari masa aku sampai hingga lah balik,aku tak nampak pun diorang ni melepak2....then,murid2 sekolah ni aku rasa mmg bagus dan berdisiplin,setiap murid yang aku jumpa semuanya akan tunduk mcm jepun dan ucap selamat pagi...tak pasal2 jadi segan pulak..tapi itulah yang sebaiknya kan?;p...
Mural kat dinding sekolah depan pondok jaga..siap ada kerusi meja untuk bersantai...
Inilah dewan yang besar tu...memang besar betul...dan paling penting..BERSIH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan