Hari ni ada something yg membuatkan aku sebak..huhuhu..something yg hubby cakap,advised,luahkan wat aku rasa sebak,terharu,bersalah,everything..membuatkan aku sedar sebenarnya banyak yang aku lupa..sedih pun ada gak sbb aku tau aku ni mmg perangai mcm budak2 selalu wat hubby susah hati...
Actually ni sambungan daripada sikap boros aku tu..bila dah terlalu boros,akibatnya bulan ni aku tak boleh berbelanja lagi..sebab perbelanjaan aku sebelum ni dah melebihi daripada apa yg aku ada..bila bulan ni aku xboleh berbelanja,aku jadi tensen,jadi sedih,moody,susah hati...sikap aku tu yg buat hubby susah hati,dia kesian tengok aku...then hari ni actually mmg aku xberapa ada mood even kat sekolah pon..balik dari sekolah je,aku moyok lagi..time ni la hubby brainwash aku dgn berhemah sekali sampai menitis jugakla air mata ni...:(..
Hubby kata aku tak pernah hidup susah,selalu kena manjakan dgn abah aku,selalu dimewahkan sejak kecik,apa yg aku nak,aku mintak tak pernah tak dapat..semua abah aku tunaikan...emmm...aku akui tu..mmg betul aku tak pernah rasa susah,xpernah rasa tak cukup duit,xpernah tak dapat apa yg aku nak..berbeza dgn adik2 aku..kalau adik2 tu,ada gak yg abah aku tak layan,tapi dgn aku setakat ni,abah tak pernah mengecewakan aku..dulu aku tak percaya bila hubby ckp abah mmg lebihkan aku,tapi lepas aku fikir,teringat apa yg mama pernah cakap..mama kata dalam 4 beradik,aku yang paling banyak menghabiskan duit..huhuhu...now,aku percaya..mungkin sbb tu,aku takut menghadapi kesusahan..aku sedih bila tengok baki dlm akaun bank tinggal beberapa ratus je..hubby cakap apa yg aku ada tu lebih daripada cukup,aku yang tak tau bersyukur!
Berbeza dgn hubby..dia kata sejak kecik dia selalu tak dapat apa yang dia nak,tak dapat beli mainan,tak dapat pakai baju baru,seluar baru,kasut baru,beg baru ke sekolah..hubby kata lagi dulu masa sekolah rendah semua budak lelaki pakai seluar panjang,dia je pakai seluar pendek sbb tu yang paling murah yang abah dia boleh beli..hubby gi sekolah setiap hari bawa bekal,aku sendiri dulu mmg tak pernah bawak..aku malu...hubby kata beg sekolah dia 3-4 tahun baru dapat yang baru,tiap kali koyak atau putus,mak dia akan jahit sampailah betul2 tak boleh guna,kalau aku..setiap tahun beg baru..kasut pulak,hubby kata dia pakai sampai lusuh,berlubang,2 tahun pun tahan...kalau aku,setiap tahun 2-3 kasut sekolah baru...hubby cerita dia sangat susah nak dapat permainan masa kecik..dulu2 dia suka sgt permainan askar yang kecik2 tu,itu pun susah nak dapat...sampailah satu hari abah dia dapat jugak belikan,dia main benda tu sorang2,simpan elok2 tiap kali lepas main,dia jaga elok2 mainan tu...tapi aku masa kecil setiap minggu abah belikan LEGO..tiap kali lepas main,aku sepah-sepahkan,xjaga pun barang2 mainan aku..hubby cerita lagi,tiap kali pegi sekolah dia jalan kaki je walaupun jauh sbb abah dia tak ada kereta,ada moto je..tapi aku ke mana2 abah hantar dan ambik naik kereta..banyak lagi yg hubby cerita,moral cerita dia ialah,sejak kecik dia susah untuk mendapatkan sesuatu yang dia nak,dia dah merasa hidup susah,dia tahu mcm mana nak menghadapi kesusahan,dia tahu mcm mana nak survive...tapi aku??aku tak tahu...aku tak pandai..mmg betul cakap mama,aku tak pandai berdikari..berbeza dgn adik2 aku..aku paling manja dalam 4 beradik sebenarnya..semuanya aku bergantung dgn abah,now dgn hubby...
kata2 hubby yang membuatkan aku sebak sgt2 hari ni..."abg mintak maaf sbb tak dapat bagi kesenangan pada sayang....."...aku sedihlaa...sedih dengan sikap aku sendiri..aku teringat balik saat2 aku dgn hubby kenal,kita susah senang sama2...and now,we should do the same thing..we should face all these things together,rite??we should share every joy and sadness together..we share the love,we should share everything,rite??
kata2 hubby tu buat aku sedar selama ni mmg aku yg tak tahu bersyukur,tak tahu menghargai kebaikan dan kasih syg hubby aku...aku terpaksa akui,kasih sayang hubby lebih dari pada apa yang aku pernah bagi selama ni...aku syg hubby aku,tapi hubby sayang aku lebih lagi....I Love U...huhuhu,kali ni entry ni mmg sgt2 menyentuh perasaan la..seriusly!..sorry to everybody who read this...moralnya,hargailah suami anda selagi ada..sayangilah dia selama2nya...