Isnin, 29 Disember 2008

Jalan sampai migrain....

Adik ipar aku balik Tangkak hari ni,so hubby n me anta dia kat hentian bas pudu. Jem kat puduraya tu.Park kereta kat atas,then tunggu bas dalam sejam. Then,kitorang gi Plaza Imbi survey laptop baru or me...hehehe. Aku dah ada laptop sebenarnya but sejak hubby sambung blajar ni,asyik nak kena berebut jer.Kena tunggu giliran pulak.Nak guna internet pon sama,berebut.hehehe...so,aku nak beli yg barulah. Dah pusing2 satu Imbi n LowYat,akhirnya aku berkenan ngan laptop jenama Compaq. Ingat nak beli yg 12" punya,hubby kata wat sakit mata jer.Terpaksalah pilih yang 14". Aku bayar deposit jer dulu RM200,hari jumaat baru aku gi amik laptop tu sbb nak tunggu asb bukak kaunter. Ntah brapa la dapat dividen..dapat seringgit dua jadilah...:)
Dalam kol 4.30 baru dapat makan tengahari...mmm...tak terasa pulak lapar punyalah lama berpusing2 kat Imbi n Low Yatt tu.Balik umah terus migrain...adoii...nak pecah kepala aku..walau apa pon, aku dah dapat apa yg aku berkenan.:)

Ahad, 28 Disember 2008

Titanic & The Guardian

Dua cerita ni dah lama especially cerita Titanic. Aku suka sangat dengan 2 cerita ni. Best dan melekat di dalam hati. Entry kali ini aku nak mengulas 2 cerita ni. Dah banyak kali aku tengok tapi tak puas. Aku dah tengok lebih 10 kali.....dan tiap kali tengok,mengalir gak la air mata..menusuk sungguh.
Titanic....cerita tentang Rose and Jack. Pandai director ni wat cerita...dari mula sampai akhir aku rasa mcm aku berada di atas kapal titanic tu. Dan part Jack tunggu kat tepi Rose masa Rose baring atas pintu terapung,sedihnyaaa....napa lah dia wat Jack mati. Sedih gila...Walaupun cerita Titanic ni 3 jam,tapi tak terasa. Best!
The Guardian pulak cerita tentang akademi latihan penyelamat laut. First thing yg aku suka ialah.....hero dia yg kiut tu..hehehe.Then scene2 latihan diorang,pengalaman diorang kat laut,and sikit pasal love. Part yang sedih ialah bila Chief kanan iaitu Ben Randall membuka fail peribadi Jake Fisch yang mengandungi sejarah lamanya.Lagi satu part sedih bila Ben Randall tu mati semasa menyelamatkan Jake kat laut...huhuhu...sedih..Aku seboleh2nya memang tak akan miss kalau ada tayangan cerita ni kat Astro...

Sabtu, 27 Disember 2008

Apa nak buat ye.....

Sebenarnya ni entry hari Jumaat...Adik ipar aku yg kat Bangi tu,Ida ajak datang makan tengahari kat umah dia. So paginya aku plan wat puding jagung lah.. Dalam kol2.30 aku,hubby and adik ipar aku,Yani bertolak ke rumah Ida di Bangi. Kitorang sampai terus makan. Menunya sup tulang, rendang kerang dan ikan goreng. Balik dari umah Ida tu aku n hubby singgah jap kat umah kitorang yg disewakan kat orang Arab tu. Ingat nak bayar maintenance tapi opis dah tutup. Yani tinggal kat umah Ida bermalam kat situ 2 malam. Ini gambar2 apartment yang aku sewakan pada foreigner dari Arab




Then, hubby tanya nak gi mana2 ke?Dia tanya lagi hari tu cakap nak shopping...aku cakap kalau boleh nak gi Sogo. Hubby kata orait,terus bergerak ke Jalan Tar. Jem giler.....
Sampai kat area jalan tar dan dapat parking kereta kat bawah plaza One dalm kol 6. Kitorg gi Sogo dulu nak beli kasut n beg itam. Aku berkenan btol ngan beg Renoma tu tp tengok harga...mak aiii..dekat rm500...tak perla..Dah puas pusing2 akhirnya aku beli handbag Valentino n kasut Carlo Rino...melayang rm350...:(
Then aku cadang nak pegi semua house cari outfit itam nak pakai ngan baju kurung chiffon yg aku tak lining. Lepak dulu kat Kedai Kopi kegemaran aku...Delifrance.Minum Brewed coffee,ice cafe latte n makan cinnamon rolls.
Kat Semua House aku beli outfit warna coklat n kelabu. Warna itam dah habis pulak. Coklat pun ok lah. Singgah jap kat Maya Silk,berkenan kat satu kain tum,beli lah sepasang..pastu terus balik umah. Malam kena tungkus lumus bersama2 hubby wat assigment dia untuk dihantar hari sabtu nanti
Inilah hasil pelaburan aku hari ni...hehehe

Jumaat, 26 Disember 2008

Mines Shopping Fair

Ini semalam punya ceritaaa.......
Plan hari ni nak gi Mines Shopping Fair,tengok wayang cerita Histeria ngan hubby and adik ipar. Mahal gak tiket dia rm10. Dah 4 tahun aku tak tengok wayang ni...sejak kahwin. Sebut bab wayang ni, aku geli bila dengar ayat2 klise mcm ni....
1. Buat apa laa tengok cerita melayu...tak kelas lasung..
2. Aku tak minat nak tgk cerita2 melayu kat panggung ni...aku tengok cerita mat salleh je
3. Aku paling benci nak tengok cerita melayu kat panggung...
....dan macam lagi ayat yang sewaktu dengannya. Diorang ni bukannya jaga class sangat pun tapi terikut2 ngan org lain yg suka tengok cerita mat salleh kat panggung. Yang aku laagi GELI bila org2 yg cakap tak suka tengok cerita melayu ni,tak pandai pun cakap inggeris. Terkial2 jer aku dengar,perasan bagus jer...
Aku kalau gi panggung memang aku akan tengok cerita melayu, kalau cerita2 matsalleh ni aku beli CD je sbb CD takde potong...hehehe

Perjalanan le Mines...jalan clear jer sebab gi agak awal dalam kol 11 pagi

Pintu depan Mines..tapi aku masuk ikut pintu lain. Nak parking dulu....

Ni sisi tepi Mines....ada banyak shoplot

Possing kat pokok krismas ngan adik ipar aku. Props kat sini tak la sehebat kat MidValley,tapi bolehlaaaa.....

Kitorang tengok tayangan cerita Histeria kol 1.00pm..Citer dier ok gak laa,ala2 cerita indon


Antara CD game yg aku beli..game budak2 jer,game yahoo offline

Balik dari Mines dah kol3.30.Sampai umah jer terus masak untuk tengahari. Masak asam pedas je senang,campak2 dan rebus. Pastu goreng ikan. Kol4ptg dah bleh makan

Khamis, 25 Disember 2008

Cinta itu memberi,bukan memiliki....

Mesti org yg baca title kat atas tu suspennnnn jer..apa hal lak nih..hehehe..Actually aku terbaca satu artikel yg membuat hati aku tersentuh dan aku tak pernah terfikir.Aku selalu beranggapan cinta itu adalah untuk memiliki. Artikel tu mengenai luahan hati seorang pembaca tentang perasaan dia towards somebody. Aku namakan pembaca tu sebagai Siti(bukan nama sebenar)...

.....Siti baru diterima bekerja di sebuah firma guaman. Disebabkan Siti senior dan antara staff yang termuda di opis,dia menjadi perhatian teman2 sepejabat. Siti seorang pekerja yang bagus. Dalam diam Siti menaruh hati pada salah seorang staff yang dah lama bekerja di situ,Azlan. Siti ramah dengan semua org termasuk Azlan. Siti tahu Azlan telah berpunya dan Siti kenal dengan teman wanita Azlan iaitu Lina. Siti juga menjadi rapat dengan Lina. Siti memendam perasaan selama 2 tahun dan tidak pernah bercerita tentangnya kepada sesiapa pun. Bukan tidak ada yang mendekati tetapi hati Siti telah ada org lain yang bertahta iaitu Azlan. Walaubagaimana pun, Siti sedar tak mungkin dia dapat memiliki Azlan. hingga suatu hari Siti dikejutkan dengan pengakuan dari Azlan yang rupanya selama ini Azlan juga dalam diam mula menyukai Siti..Bagai nak luruh jantung Siti mendengar pengakuan Azlan. But, apa sebenarnya yang harus Siti rasa sebenarnya....gembira,terharu,sedih atau bersalah?...ye....rasa bersalah kerana mengkhianati kawan sendiri,Lina.
Siti tidak memberi sebarang jawapan kepada Azlan. Setelah seminggu dan setelah berfikir panjang akhirnya Siti harus membuat keputusan yang berat. Walaupun Siti cinta pada Azlan tetapi memiliki Azlan tidak mungkin sama sekali. Tak tergamak Siti membina kebahagiaan di atas kehancuran org lain...Secara baik Siti menolak cinta Azlan dengan menyatakan Siti dah berpunya.Azlan kecewa tetapi pasrah cinta tak terbalas walau hakikat sebenarnya tidak diketahui oleh Azlan yang Siti juga berperasaan sama sepertinya...Itulah cinta yang sebenarnya.
Satu lagi cerita......
Intan telah menaruh perasaan setelah sekian lama terhadap Amir.Bertahun-tahun lamanya Intan cuba mengambil hati Amir dan sentiasa berdoa agar suatu hari nanti Amir akan berperasaan sama sepertinya. Suatu hari Intan terserempak dengan Amir dan seorang gadis di sebuah Shopping Mall terkemuka di Kuala Lumpur. Akhirnya Amir berterus terang bahawa selama ini dia mengetahui isi hati Intan tetapi dia tak dapat membalas cinta Intan kerana hatinya telah dimiliki oleh gadis lain yang merupakan bekas kekasihnya di waktu persekolahan dulu. Intan berasa amat sedih dan kecewa. Sejak itu Intan menutup pintu hatinya untuk lelaki. Setiap lelaki yang datang dalam hidupnya dilayan endah tak endah sahaja. Ada sahaja yang tak kena pada matanya. Kawan2 Intan kata Intan terlalu memilih. Tapi sebenarnya Intan masih tak dapat lupakan Amir. Hinggalah suatu hari Intan berkenalan dengan seorang lelaki yg berjaya menyentuh hati Intan. Walaupun pada mulanya Intan menolak dan berterus terang Intan tak cintakan dia tetapi lelaki itu tidak mengalah. Dia sanggup tunggu Intan. Setelah setahun akhirnya Intan sedar Intan sepatutnya memberi peluang kepada org yang benar2 menyayanginya. Intan harus menerima kenyataan, sebagai perempuan...terimalah org yg menyayangi kita,bukan org yg kita sayang.Sekeras2 hati perempuan,akhirnya lembut juga...dan cinta itu boleh dipupuk..Tanpa sedar, Intan mula menyayangi lelaki itu.Malah lebih dari cintanya terhadap Amir. Orang selalu kata cinta pertama sukar dilupakan,tetapi tidak bagi Intan. Cinta lelaki itu telah memadamkan terus Amir dari hati Intan.Akhirnya,lelaki itulah yang menjadi suami Intan....

Rabu, 24 Disember 2008

Tetamu hari ini.....

Aku bangun lambat lagi...kol 9 pg.Hubby bangun dulu awal 30minit dari aku.hehehe.Aku memang liat nak bangun pagi.Tapi tak bermakna aku bangun tengahari okeyyy...paling lambat pun kol9 la. Sebab tu aku selalu tak bersemangat dan takde mood je gi sekolah sebab kena bangun pagi...
Bersiap2 gi pasar pudu nak beli lauk sebab adik ipar aku nak dtg bermalam kat umah dlm 4 mlm sempena matrikulasi cuti krismas. Tak beli lauk banyak pun, ala kadar je Inilah pasar pudu yang aku n hubby selalu pergi kalau nak beli lauk banyak.Tak ramai org sebab aku gi pun dah lewat...org lain gi kol 6-7pagi. Aku lak gi lepas kol 9 pagi.Nasib baik lauk2 ada lagi.
Suasana bising di pasar pudu suatu suasana yang biasa dilihat. Seronok kalau tengok karenah org ramai berjual beli..meriah. Macam2 cara nak menarik pelanggan

Antara lauk pauk yang aku beli.Tak banyak pun...kepala ikan(nak wat asam pedas n kari),sotong besar,ikan kerisi,ayam seekor,serai,bunga kantan,daun kesum,daun limau purut,tomato dan bendi.
Balik dari pasar pudu kitorang gi pasar muhibbah lak nak breakfast. Kol 10.30pg,nasib baik ada lagi soto favourite aku...
Then balik umah singgah maybank amik duit nak bayar itu dan ini.Tiba-tiba hubby dapat satu call daripada kwn lama dia yg berpindah ke Terengganu nak dtg jalan2 kat umah. So, aku cadang nak masak nasi ayam lah senang..
Kol 12.30,kawan hubby,isteri n anak pompuan dia sorang sampai. Aku baru je nak siang2 ayam.Terpaksalah diorang tunggu aku masak. Campak2 itu ini dalam 40minit...SIAP!!! terhidang ats meje..terus makan n sembang2...Tak sempat nak amik gambar nasi ayam.hhehe
Kol8.30 malam gi Hentian bas Puduraya amik adik ipar aku yang sampai dari Tangkak. Beginilah suasana malam di puduraya..Sorry gambar kelabu asap. Itu pun kena marah ngan hubby sebab amik gambar dalam kereta.Macam orang tak betul je....hehehe
Sampai umah makan nasi goreng yang aku recycle dari nasi ayam tengahari tadi yang tak habis..kreatif tak aku...hehehehe..atau yang betulnya,malas tak aku...hehe

Selasa, 23 Disember 2008

Homesick...

emm...tak tahu apa nak di type kan. Hati aku mcm di awang-awangan..asyik ingat kat mama n abah je.Sedih..homesick gilerr nih.Lagi menghilangkan semangat aku nak gi sekolah nanti.Rasa betul2 hilang semangat. Hari ni hubby gi hulu Langat test lesen kereta. Aku dok umah jer layan chatting n surf internet. Dari pagi sampai kol 5 aku bukak laptop n internet. Aku berhenti kejap2 je untuk jemur baju and masak untuk lunch... Hari ni masak ikan goreng bercili, udang goreng kunyit dan sayur. Senang dan ringkas...

Malam gi Tesco makan pizza. Aku order spaggeti. Dalam gambar mcm sedap,ada banyak bendalaa...warna warni.. Bila sampai je spageti kat aku....simple je mcm spageti gaul sos...ntah apa2 ntah. Dalam gambar lain,bila sampai lain....

Isnin, 22 Disember 2008

Selamat Jalan....

Sedih aku nak mengucapkan selamat jalan kat mama, abah dan adik yang akan pulang semula ke kelantan hari ni...maknanya,semangat aku akan kembali lumpuh.Homesick aku datang lagi. Seluruh jiwa raga aku macam dah tak bernyawa. Itulah yang aku selalu rasa tiap kali aku pulang ke KL dari kampung. Aku n hubby bergerak ke rumah atuk dan sampai sana dalam kol 8.15 pagi. Pagi2 lagi mama sms suruh datang awal untuk sarapan sama2 kat umah atuk. Kitorang bersarapan nasi lemak sotong. Sedap betul, tak tau la kat mana atuk beli. Kol 9 abah dah start angkut2 barang masuk dalam kereta. Hubby tolong angkut sekali....


Ini antara barang2 yang mama shopping kat Jalan Tar hari tu. Barang2 lain dah angkut masuk kereta.

Penuh bonet kereta abah. Tempayan tu pun nak bawa balik kelantan. Abah kata nak wat landscape. Nak letak kat beranda n isi air untuk basuh kaki. Alaa macam stail rumah tradisional dulu2 tu...Tempayan naga ni umur dia lebih 20 tahun tau. Dulu atuk beli RM1 je. Aku selalu mandi dalam tempayan ni masa umur aku 3-4 tahun..hehehe
Kol 9.15 pagi abah, mama dan adik akhirnya bertolak pulang ke Kelantan. Sedih tak terkata aku mengiringi kereta abah...

Sepanjang hari ini aku bersedih dan moyok je. Tak de mood. Macam yang aku nyatakan tadi....semangat aku hilang. Hubby aku mmg dah faham ngan karenah aku, so dia ajak aku jalan2. Gi Midvalley sekali lagi. Semalam pening kepala orang ramai sangat...berserabut

Ini barang yang aku beli. Sebenarnya ni kotak letak alat2 bertukang. Beli kat kedai hardware tingkat brapa ntah. Tapi aku wat kotak jewellery...

Kotak yang telah aku isikan dengan jewellery yang aku beli Khamis lepas...

Ahad, 21 Disember 2008

Family Gathering

Program hari ni adalah program Family Gathering kat umah mak tam. Dia jemput semua adik beradik mama berkumpul kat umah dia untuk makan tengahari. Maklumlaa mama kan balik KL setahun sekali je,itu pun susah. Banyak sangat halangan. Sian kat mama. Dalam 365 hari dok kelantan tu, 3-4 hari pun susah nak balik jumpa atuk n nenek. Bukan mama tak nak balik selalu,tetapi....hhmmmm susah untuk aku nyatakan..sensitif.

Untuk program umah mak tam tu aku cadang nak wat kek coklat.Ye lah tak kan nak gi lenggang2 je kan.Bawakla sesuatu sebagai buah tangan. Dengan itu,malam tadi aku bertungkus lumus menyiapkan kek coklat tu walau pun bermasalah plug rosak la pulak...

Kek yang dah siap mix,aku kukus selama 2 jam. Bancuhan yang aku buat dapat 2 biji kek.

Ini adalah coklat masakan yang dicairkan guna double boiler. Nak buat topping untuk kek coklat
Dah siap make up dan masuk dalam bekas.Ready untuk dibawa ke rumah mak tam.

Kami satu family bertolak ke rumah maktam kol 11.30 pagi. Saja gi awal,bolehlaa tolong2 buat apa2 yang patut.Kami org yg pertama sampai. So, aku n mama tolong gorengkan ayam berempah dan udang. Tak lama kemudian Pak Lang sekeluarga, Mak Tih sekeluarga,Pak Ngah sekeluarga,Atuk, Nenek, Uncle Poji dan last sekali Mak Su sampai. Kitorang semua makan2 dan sembang sampai lah kol 3.30ptg.....

Anak2 Pak Tam dan Mak Tam...Farah, Izzati, Wafa dan Liyana...

Mama dan Nenek

Menu hari ini

Lagi menu hari ini
Lepas habis program kat umah Mak Tam kami sekeluarga melencong pulak ke MidValley. Alang2 dah dekat tu,apa salahnya gi jalan2 kat sana pulak. Props kat MidValley kali ni bertemakan Krismas...
Salah satu props di salah satu ruang di MidValley Mega Mall
Ini props yang paling besar di ruang legar utama MidValley Mega Mall. Props ni macam berkonsepkan suasana forest ketika musim salji. Kat sekitar props tu ada replika binatang2.

Booth jualan toys dan gift untuk perayaan krismas.

Ini tempat utama yang adik aku nak gi sangat. Kedai binatang peliharaan. Mula-mula tu adik nak beli hamster. Kat rumah bukan tak ada,saja nak menambah spesies baru,but mama tak bagi. Susah nak bawa balik naik kereta nanti. Lastly adik aku beli aksesori hamster je...

Lepas pusing2 kat tingkat atas sekali, kitorang lepak2 kat food court untuk minum petang. Ramai betul orang kat sini. Nasib baik ada juga tempat duduk..

Sabtu, 20 Disember 2008

Shopping!

Pagi ni aku wat breakast nasi goreng daging je. Terpaksa bangun awal pagi wat breakast sebab hubby kena gi kelas OUM. Dalam kol 8 kami satu famili breakfast bersama. Dalam 8.30, maktam tepon tanya ada nak gi mana2 tak,dia nak ikut sekali. Mama ajak gi Jalan Tar nak shopping kain. So, kol 10pg maktam datang amik aku,mama,abah dan adik. Mak tam drop kan abah n adik kat Times Square. Diorang group lelaki nak gi tengok wayang citer Transporter 3. Citer tu sebenarnya untuk 18tahun ke atas. Masalahnya adik aku baru nak masuk 14 tahun. Orang jual tiket tu tak nak jualkan tiket tu kat abah aku sebab adik bawah umur. Lepas tu, nampak orang macam nak ramai sikit,abah aku gi beratur lagi sekali. Dia beli juga 2 tiket. Adik tak ikut beratur,lepak jauh2 sikit. Akhirnya,dapat jugak adik n abah aku masuk ke panggung.
Aku,mama n maktam pulak group shopping kat Jalan TAR. Mak tam park kereta kat Sogo. Minum2 jap kat food court Sogo tu,then kami meneruskan perjalanan ke Semua House. Mak Tam memang plan nak beli blouse 2-3 helai,mama lak beli kain. Aku takde plan nak beli apa2. Kat Semua House,mama beli kain kat Maya Silk tu 4 pasang. Dekat rm500 jugaklaa. Pastu gi beli blouse n skirt A-line kat butik PSA. Then,kitorang bergerak ke Jakel.Mama beli lagi kain 2 pasang. Seterusnya ke Arked,beli kain batik tiruan sepasang pastu beli 2 pasang kain untuk wat baju kuliah Ngah. Mama suruh aku pilihlaa sehelai dia nak belanja. Tak tergamak pulak aku. Patut aku belanja mama...hehehe...Last sekali gi SOGO balik,mama belikan Ngah purse.Kol 3.45ptg kitorang sampai umah nenek. Hubby pun datang amik kitorang,balik umah aku.....

Jumaat, 19 Disember 2008

Penat....

Semalam aku tak sempat nak updatekan blog...banyak tempat aku gi semalam..Pagi tu dalam kol 11.00 aku n hubby ke bangunan Takaful Malaysia. Aku nak refund duit yg aku potong untuk insurans ni utk 3 bulan. Dapatlaa rm300 lebih..tapi bulan depan baru dapat. Sebabnya aku dah terminate insurans ni dalam bulan 8 dulu. Tak berbaloi lasung,servis after sales very weak. Lepas selesai kat Takaful kitorang bergerak ke Pejabat Lawyer yg terletak kat Jalan Kuching. Punyalaa berapa kali pusing KL tak jumpa2...at last,jumpa juga. Sain agreement pindah hak milik strata. Kat sini kena kuar duit lak RM1000...:(.Pastu kitorang gi ke satu tempat kat Cowkit..Aku beli aksesori mcm rantai n gelang yg warna warni dengan harga murah. Kalau kat Jalan Tar harganya dalam rm10,tapi aku beli RM4...hehehehe..murah tak?
Dalam kol 3 mama call bagitau dah sampai KL...Mama,abah and adik aku datang KL jalan2. Diorang sampai lepak umah atuk aku. So, aku n hubby balik umah mandi2 dulu then kuar lagi. G psr tani jap konon nak beli tulang nak wat mi sup tulang mlm ni. Tapi tulang dah habis,beli laa daging. Jadi mi sup daging. Beli buah2, kuih n terus gi umah nenek.....kol 7 balik umah,msk2 mi sup daging. Malam lipat kain.Penat aku lipat kain mcm gunung. Ngantuk....
HARI NI......
Pagi2 ni aku wat breakfas mi goreng. Hubby gi kelas memandu kol 6.30pagi kat Hulu Langat. Sia dia terpaksa bangun pagi2 mcm nak gi sekolah. Hubby balik kol 9pg terus breakfast mi goreng...
Siap breakfast aku sambung lagi kemas barang sikit2..buang apa2 yang patut. Tapi itulah,still banyak lagi barang. Rupa2nya rumah aku ni penuh dengan barang tak berfaedah. Kol 12 lebih nanti aku n hubby nak g umah atuk. Lepas semayang Jumaat, nak gi jalan....

Selasa, 16 Disember 2008

Hari Mengemas Rumah....

Hari ni bangun lambat betol,kol10 pagi. Itu pun mengantuk lagi macam tak boleh buka mata. Sebabnya semalam dalam kol 12 lebih gitu hubby tiba2 ajak gi downtown night market kat velodrom. Saja jalan2 tengok orang. Dalam tengah leka jalan2 tu tiba2 hujan lebat lak.... Terpaksala tumpang berteduh kat booth jual jam. Lama gak laa hujan tu. Alih2 dah kol 1 lebih. Bila hujan reda sikit,mencicit aku and hubby lari gi kat moto terus balik umah. Sampai umah tengok jam dah 1.30pg. Mandi2 rasa mata segar je pulak,tak bleh tido.Kitorang pun layan tengok tv laa sampai kol 3 baru ngatuk. Tu yang bangun lambat tu...

Hari ni wat operasi mengemas umah. Banyak betul laa barang tak berfaedah dalam rumah aku ni. Dah 4 plastik hitam besar aku isi barang2 yang nak buang,tapi masih banyak lagi ada dan bersepah. Tak taulaa barang apalaa yang banyak sangat ni. Kain baju dah berapa kali sedekah kat org. Ini ada 2 plastik lagi baju2 lama. Ingat nak buang je laa. Tak tergamak nak bagi orang.Buruk sangat...Akhirnya dalam kol4.30ptg aku berhenti. Bukan sebab dah habis kemas,tapi sebab penat sangat. Bersepah tetap bersepah aku tengok. Itulah masalah aku. Memang aku tak pandai berkemas. Nasib baik ada hubby yang mmg suka berkemas....selamat aku. Kalau tak,tongkang pecah pun kalah....

Ahad, 14 Disember 2008

Anak-anak buah....kecoh

Ini anak sedara yang selalu gaduh. Yang lelaki tu Muhammad Azaim Hakimi,4tahun. Yang perempuan tu Nur Ainaa Batrisya, 3tahun

Zaim sedang leka main game agaknya. Sangat nakal tapi cerdik...Kadang2 geram but most of the time nak tergelak tengok gelagat nakal dia ni..

Nur Ainaa Batrisya. Gigi depan takde. Jadi dia selalu kalau nak senyum,tutup mulut. Malu takde gigi..hehehe

Ini adik Nur Ainaa Batrisya tadi. Namanya Nur Anis Damia,2 tahun. Garang ni. Tak macam kakak dia,lembut je...

Tempat-tempat menarik di kampung Hubby

Kat kampung aku biasa2 jer..Lagipun aku jarang kuar umah kalau balik kg aku. But kg hubby ada banyak tempat menarik. Ini adalah antara yang sempat aku snap untuk uploadkan dalam blog aku ni...
Ini adalah salah satu warung makan yang ada kat Kuala Besut. Ni warung favourite aku. Kalau aku kat kg hubby mesti tiap2 pagi breakfast kat sini. Lauk gulai ikan kat sini sedap!

Ini jeti tempat kapal2 nelayan berhenti untuk menurunkan ikan. Sebab tu kalau aku balik kg hubby, aku mesti kuat makan walaupun tiap2 hari lauk ikan goreng je sebab ikan kat sini fresh dan sedap.
Ini kalau dalam bahasa geografinya tak tau la pulak aku. Tapi air ni datangnya dari laut. Cantik pemandangan kat sini. Cuma kalau hujan lebat tak berhenti, air akan naik. Rumah2 kat tepi tu akan tenggelamlaa sikit.
Ini Pantai Keluang. Ombak kuat masa aku snap gambar ni. Tapi ramai gak famili yang datang berkelah kat sini.
Cantik tak bangunan ni?Macam rumah tradisional kan? Ini bukan rumah tapi surau yang terdapat kat bandar Jerteh. Surau ni digunakan oleh peniaga2 kat bandar Jerteh ni untuk menunaikan solat.
Ini masjid kat Bandar Jerteh. Masjid ni baru siap dalam beberapa bulan. Tapi baru2 ni masjid ni dinaiki air.Ada masuk dalam suratkhabar.