Sabtu, 13 Disember 2008

Kampung Hubby....

Kampung hubby terletak di perkampungan nelayan. Dekat je ngan pantai. Buka pintu dapur nampak pantai. So, sentiasa berangin je. Kat kg hubby ada banyak tempat menarik, jadi banyaklah gambar2 yang sempat aku snap. Umah mertua aku ni denkat ngan jeti pulau perhentian, selalunya kalau ada kwn2 hubby nak gi ke pulau, diorang akan tumpang parking kat umah mertua aku ni

Ini bahagian tepi rumah. Memang betul2 tepi jalan besar



Ini bahagian depan rumah.


Ini tempat kami selalu lepak2. Best kat anjung ni. Berangin je...

Mertua aku berniaga masakan panas macam mi sup, mihun sup, kuew tiaw sup dan bubur nasi. Diorang berniaga dah lama sejak hubby aku kecik lagi. Dulu mak mertua aku lah yang masak dan meniaga kat warung ni. But sekarang, mak mertua aku dah berumur so dia masak je...bab meniaga dan menguruskan kedai dia serahkan kat abang ipar dan isterinya. Pelanggan kat warung ni sentiasa ramai terutamanya kalau cuaca panas. Maklumlah dah lama meniaga,semestinya dah ada pelanggan tetap. Waktu meniaga setiap hari kecuali hari Jumat kol 12 tgh hingga 7 mlm. Walaupun meniaga setengah hari jer,jangan terkejut kalau jualan sehari boleh cecah RM400 - RM 500! Di samping jual masakan panas, ada juga jual makanan budak2 atau jajan...

Warung ni letaknya kat tepi jalan besar jaraknya 2-3 langkah je dari rumah mertua aku. Senang, masak2 semua kat rumah then kol 11 pg kitorang bawa turun barang2 jualan

Warung famili hubby aku ni memang terjamin kebersihannya. Tak macam warung2 lain yang aku penah jengah. Memang betul2 bersih. Mak mertua aku masak macam untuk makan sendiri. Dia pastikan semuanya bersih,bahan masakan semuanya dicuci berkali2. Air yang dijual macam air bandung, jagung,cincau dan air nenas semuanya guna air masak tau bukan air paip. Bapa mertua aku pulak setiap hari akan pastikan warung berada dalam keadaan bersih sebelum dan selepas berniaga. Sebelum buka kedai, bapa mertua aku akan sapu satu kedai, lap meja,lap botol2 kicap,cili,gula,garam dan juga semua peralatan lain.

Cuba tengok meja makan ni betul2. Bersih kan?...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akak pernah makan kat salah satu gerai kat area tue..tapi tak tau pulak in law win ada berniaga kat situ, kalau tau leh try makan...nasi dagang ada tak???