Sabtu, 20 Disember 2008

Shopping!

Pagi ni aku wat breakast nasi goreng daging je. Terpaksa bangun awal pagi wat breakast sebab hubby kena gi kelas OUM. Dalam kol 8 kami satu famili breakfast bersama. Dalam 8.30, maktam tepon tanya ada nak gi mana2 tak,dia nak ikut sekali. Mama ajak gi Jalan Tar nak shopping kain. So, kol 10pg maktam datang amik aku,mama,abah dan adik. Mak tam drop kan abah n adik kat Times Square. Diorang group lelaki nak gi tengok wayang citer Transporter 3. Citer tu sebenarnya untuk 18tahun ke atas. Masalahnya adik aku baru nak masuk 14 tahun. Orang jual tiket tu tak nak jualkan tiket tu kat abah aku sebab adik bawah umur. Lepas tu, nampak orang macam nak ramai sikit,abah aku gi beratur lagi sekali. Dia beli juga 2 tiket. Adik tak ikut beratur,lepak jauh2 sikit. Akhirnya,dapat jugak adik n abah aku masuk ke panggung.
Aku,mama n maktam pulak group shopping kat Jalan TAR. Mak tam park kereta kat Sogo. Minum2 jap kat food court Sogo tu,then kami meneruskan perjalanan ke Semua House. Mak Tam memang plan nak beli blouse 2-3 helai,mama lak beli kain. Aku takde plan nak beli apa2. Kat Semua House,mama beli kain kat Maya Silk tu 4 pasang. Dekat rm500 jugaklaa. Pastu gi beli blouse n skirt A-line kat butik PSA. Then,kitorang bergerak ke Jakel.Mama beli lagi kain 2 pasang. Seterusnya ke Arked,beli kain batik tiruan sepasang pastu beli 2 pasang kain untuk wat baju kuliah Ngah. Mama suruh aku pilihlaa sehelai dia nak belanja. Tak tergamak pulak aku. Patut aku belanja mama...hehehe...Last sekali gi SOGO balik,mama belikan Ngah purse.Kol 3.45ptg kitorang sampai umah nenek. Hubby pun datang amik kitorang,balik umah aku.....

Tiada ulasan: