Adik ipar aku balik Tangkak hari ni,so hubby n me anta dia kat hentian bas pudu. Jem kat puduraya tu.Park kereta kat atas,then tunggu bas dalam sejam. Then,kitorang gi Plaza Imbi survey laptop baru or me...hehehe. Aku dah ada laptop sebenarnya but sejak hubby sambung blajar ni,asyik nak kena berebut jer.Kena tunggu giliran pulak.Nak guna internet pon sama,berebut.hehehe...so,aku nak beli yg barulah. Dah pusing2 satu Imbi n LowYat,akhirnya aku berkenan ngan laptop jenama Compaq. Ingat nak beli yg 12" punya,hubby kata wat sakit mata jer.Terpaksalah pilih yang 14". Aku bayar deposit jer dulu RM200,hari jumaat baru aku gi amik laptop tu sbb nak tunggu asb bukak kaunter. Ntah brapa la dapat dividen..dapat seringgit dua jadilah...:)
Dalam kol 4.30 baru dapat makan tengahari...mmm...tak terasa pulak lapar punyalah lama berpusing2 kat Imbi n Low Yatt tu.Balik umah terus migrain...adoii...nak pecah kepala aku..walau apa pon, aku dah dapat apa yg aku berkenan.:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan