Sedih aku nak mengucapkan selamat jalan kat mama, abah dan adik yang akan pulang semula ke kelantan hari ni...maknanya,semangat aku akan kembali lumpuh.Homesick aku datang lagi. Seluruh jiwa raga aku macam dah tak bernyawa. Itulah yang aku selalu rasa tiap kali aku pulang ke KL dari kampung. Aku n hubby bergerak ke rumah atuk dan sampai sana dalam kol 8.15 pagi. Pagi2 lagi mama sms suruh datang awal untuk sarapan sama2 kat umah atuk. Kitorang bersarapan nasi lemak sotong. Sedap betul, tak tau la kat mana atuk beli. Kol 9 abah dah start angkut2 barang masuk dalam kereta. Hubby tolong angkut sekali....
Penuh bonet kereta abah. Tempayan tu pun nak bawa balik kelantan. Abah kata nak wat landscape. Nak letak kat beranda n isi air untuk basuh kaki. Alaa macam stail rumah tradisional dulu2 tu...Tempayan naga ni umur dia lebih 20 tahun tau. Dulu atuk beli RM1 je. Aku selalu mandi dalam tempayan ni masa umur aku 3-4 tahun..hehehe
Kol 9.15 pagi abah, mama dan adik akhirnya bertolak pulang ke Kelantan. Sedih tak terkata aku mengiringi kereta abah...
Sepanjang hari ini aku bersedih dan moyok je. Tak de mood. Macam yang aku nyatakan tadi....semangat aku hilang. Hubby aku mmg dah faham ngan karenah aku, so dia ajak aku jalan2. Gi Midvalley sekali lagi. Semalam pening kepala orang ramai sangat...berserabut
Ini barang yang aku beli. Sebenarnya ni kotak letak alat2 bertukang. Beli kat kedai hardware tingkat brapa ntah. Tapi aku wat kotak jewellery...
Kotak yang telah aku isikan dengan jewellery yang aku beli Khamis lepas...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan