Jumaat, 26 Disember 2008

Mines Shopping Fair

Ini semalam punya ceritaaa.......
Plan hari ni nak gi Mines Shopping Fair,tengok wayang cerita Histeria ngan hubby and adik ipar. Mahal gak tiket dia rm10. Dah 4 tahun aku tak tengok wayang ni...sejak kahwin. Sebut bab wayang ni, aku geli bila dengar ayat2 klise mcm ni....
1. Buat apa laa tengok cerita melayu...tak kelas lasung..
2. Aku tak minat nak tgk cerita2 melayu kat panggung ni...aku tengok cerita mat salleh je
3. Aku paling benci nak tengok cerita melayu kat panggung...
....dan macam lagi ayat yang sewaktu dengannya. Diorang ni bukannya jaga class sangat pun tapi terikut2 ngan org lain yg suka tengok cerita mat salleh kat panggung. Yang aku laagi GELI bila org2 yg cakap tak suka tengok cerita melayu ni,tak pandai pun cakap inggeris. Terkial2 jer aku dengar,perasan bagus jer...
Aku kalau gi panggung memang aku akan tengok cerita melayu, kalau cerita2 matsalleh ni aku beli CD je sbb CD takde potong...hehehe

Perjalanan le Mines...jalan clear jer sebab gi agak awal dalam kol 11 pagi

Pintu depan Mines..tapi aku masuk ikut pintu lain. Nak parking dulu....

Ni sisi tepi Mines....ada banyak shoplot

Possing kat pokok krismas ngan adik ipar aku. Props kat sini tak la sehebat kat MidValley,tapi bolehlaaaa.....

Kitorang tengok tayangan cerita Histeria kol 1.00pm..Citer dier ok gak laa,ala2 cerita indon


Antara CD game yg aku beli..game budak2 jer,game yahoo offline

Balik dari Mines dah kol3.30.Sampai umah jer terus masak untuk tengahari. Masak asam pedas je senang,campak2 dan rebus. Pastu goreng ikan. Kol4ptg dah bleh makan

Tiada ulasan: