Khamis, 25 Disember 2008

Cinta itu memberi,bukan memiliki....

Mesti org yg baca title kat atas tu suspennnnn jer..apa hal lak nih..hehehe..Actually aku terbaca satu artikel yg membuat hati aku tersentuh dan aku tak pernah terfikir.Aku selalu beranggapan cinta itu adalah untuk memiliki. Artikel tu mengenai luahan hati seorang pembaca tentang perasaan dia towards somebody. Aku namakan pembaca tu sebagai Siti(bukan nama sebenar)...

.....Siti baru diterima bekerja di sebuah firma guaman. Disebabkan Siti senior dan antara staff yang termuda di opis,dia menjadi perhatian teman2 sepejabat. Siti seorang pekerja yang bagus. Dalam diam Siti menaruh hati pada salah seorang staff yang dah lama bekerja di situ,Azlan. Siti ramah dengan semua org termasuk Azlan. Siti tahu Azlan telah berpunya dan Siti kenal dengan teman wanita Azlan iaitu Lina. Siti juga menjadi rapat dengan Lina. Siti memendam perasaan selama 2 tahun dan tidak pernah bercerita tentangnya kepada sesiapa pun. Bukan tidak ada yang mendekati tetapi hati Siti telah ada org lain yang bertahta iaitu Azlan. Walaubagaimana pun, Siti sedar tak mungkin dia dapat memiliki Azlan. hingga suatu hari Siti dikejutkan dengan pengakuan dari Azlan yang rupanya selama ini Azlan juga dalam diam mula menyukai Siti..Bagai nak luruh jantung Siti mendengar pengakuan Azlan. But, apa sebenarnya yang harus Siti rasa sebenarnya....gembira,terharu,sedih atau bersalah?...ye....rasa bersalah kerana mengkhianati kawan sendiri,Lina.
Siti tidak memberi sebarang jawapan kepada Azlan. Setelah seminggu dan setelah berfikir panjang akhirnya Siti harus membuat keputusan yang berat. Walaupun Siti cinta pada Azlan tetapi memiliki Azlan tidak mungkin sama sekali. Tak tergamak Siti membina kebahagiaan di atas kehancuran org lain...Secara baik Siti menolak cinta Azlan dengan menyatakan Siti dah berpunya.Azlan kecewa tetapi pasrah cinta tak terbalas walau hakikat sebenarnya tidak diketahui oleh Azlan yang Siti juga berperasaan sama sepertinya...Itulah cinta yang sebenarnya.
Satu lagi cerita......
Intan telah menaruh perasaan setelah sekian lama terhadap Amir.Bertahun-tahun lamanya Intan cuba mengambil hati Amir dan sentiasa berdoa agar suatu hari nanti Amir akan berperasaan sama sepertinya. Suatu hari Intan terserempak dengan Amir dan seorang gadis di sebuah Shopping Mall terkemuka di Kuala Lumpur. Akhirnya Amir berterus terang bahawa selama ini dia mengetahui isi hati Intan tetapi dia tak dapat membalas cinta Intan kerana hatinya telah dimiliki oleh gadis lain yang merupakan bekas kekasihnya di waktu persekolahan dulu. Intan berasa amat sedih dan kecewa. Sejak itu Intan menutup pintu hatinya untuk lelaki. Setiap lelaki yang datang dalam hidupnya dilayan endah tak endah sahaja. Ada sahaja yang tak kena pada matanya. Kawan2 Intan kata Intan terlalu memilih. Tapi sebenarnya Intan masih tak dapat lupakan Amir. Hinggalah suatu hari Intan berkenalan dengan seorang lelaki yg berjaya menyentuh hati Intan. Walaupun pada mulanya Intan menolak dan berterus terang Intan tak cintakan dia tetapi lelaki itu tidak mengalah. Dia sanggup tunggu Intan. Setelah setahun akhirnya Intan sedar Intan sepatutnya memberi peluang kepada org yang benar2 menyayanginya. Intan harus menerima kenyataan, sebagai perempuan...terimalah org yg menyayangi kita,bukan org yg kita sayang.Sekeras2 hati perempuan,akhirnya lembut juga...dan cinta itu boleh dipupuk..Tanpa sedar, Intan mula menyayangi lelaki itu.Malah lebih dari cintanya terhadap Amir. Orang selalu kata cinta pertama sukar dilupakan,tetapi tidak bagi Intan. Cinta lelaki itu telah memadamkan terus Amir dari hati Intan.Akhirnya,lelaki itulah yang menjadi suami Intan....

Tiada ulasan: