Ahad, 21 Disember 2008

Family Gathering

Program hari ni adalah program Family Gathering kat umah mak tam. Dia jemput semua adik beradik mama berkumpul kat umah dia untuk makan tengahari. Maklumlaa mama kan balik KL setahun sekali je,itu pun susah. Banyak sangat halangan. Sian kat mama. Dalam 365 hari dok kelantan tu, 3-4 hari pun susah nak balik jumpa atuk n nenek. Bukan mama tak nak balik selalu,tetapi....hhmmmm susah untuk aku nyatakan..sensitif.

Untuk program umah mak tam tu aku cadang nak wat kek coklat.Ye lah tak kan nak gi lenggang2 je kan.Bawakla sesuatu sebagai buah tangan. Dengan itu,malam tadi aku bertungkus lumus menyiapkan kek coklat tu walau pun bermasalah plug rosak la pulak...

Kek yang dah siap mix,aku kukus selama 2 jam. Bancuhan yang aku buat dapat 2 biji kek.

Ini adalah coklat masakan yang dicairkan guna double boiler. Nak buat topping untuk kek coklat
Dah siap make up dan masuk dalam bekas.Ready untuk dibawa ke rumah mak tam.

Kami satu family bertolak ke rumah maktam kol 11.30 pagi. Saja gi awal,bolehlaa tolong2 buat apa2 yang patut.Kami org yg pertama sampai. So, aku n mama tolong gorengkan ayam berempah dan udang. Tak lama kemudian Pak Lang sekeluarga, Mak Tih sekeluarga,Pak Ngah sekeluarga,Atuk, Nenek, Uncle Poji dan last sekali Mak Su sampai. Kitorang semua makan2 dan sembang sampai lah kol 3.30ptg.....

Anak2 Pak Tam dan Mak Tam...Farah, Izzati, Wafa dan Liyana...

Mama dan Nenek

Menu hari ini

Lagi menu hari ini
Lepas habis program kat umah Mak Tam kami sekeluarga melencong pulak ke MidValley. Alang2 dah dekat tu,apa salahnya gi jalan2 kat sana pulak. Props kat MidValley kali ni bertemakan Krismas...
Salah satu props di salah satu ruang di MidValley Mega Mall
Ini props yang paling besar di ruang legar utama MidValley Mega Mall. Props ni macam berkonsepkan suasana forest ketika musim salji. Kat sekitar props tu ada replika binatang2.

Booth jualan toys dan gift untuk perayaan krismas.

Ini tempat utama yang adik aku nak gi sangat. Kedai binatang peliharaan. Mula-mula tu adik nak beli hamster. Kat rumah bukan tak ada,saja nak menambah spesies baru,but mama tak bagi. Susah nak bawa balik naik kereta nanti. Lastly adik aku beli aksesori hamster je...

Lepas pusing2 kat tingkat atas sekali, kitorang lepak2 kat food court untuk minum petang. Ramai betul orang kat sini. Nasib baik ada juga tempat duduk..

Tiada ulasan: