Ahad, 14 Disember 2008

Tempat-tempat menarik di kampung Hubby

Kat kampung aku biasa2 jer..Lagipun aku jarang kuar umah kalau balik kg aku. But kg hubby ada banyak tempat menarik. Ini adalah antara yang sempat aku snap untuk uploadkan dalam blog aku ni...
Ini adalah salah satu warung makan yang ada kat Kuala Besut. Ni warung favourite aku. Kalau aku kat kg hubby mesti tiap2 pagi breakfast kat sini. Lauk gulai ikan kat sini sedap!

Ini jeti tempat kapal2 nelayan berhenti untuk menurunkan ikan. Sebab tu kalau aku balik kg hubby, aku mesti kuat makan walaupun tiap2 hari lauk ikan goreng je sebab ikan kat sini fresh dan sedap.
Ini kalau dalam bahasa geografinya tak tau la pulak aku. Tapi air ni datangnya dari laut. Cantik pemandangan kat sini. Cuma kalau hujan lebat tak berhenti, air akan naik. Rumah2 kat tepi tu akan tenggelamlaa sikit.
Ini Pantai Keluang. Ombak kuat masa aku snap gambar ni. Tapi ramai gak famili yang datang berkelah kat sini.
Cantik tak bangunan ni?Macam rumah tradisional kan? Ini bukan rumah tapi surau yang terdapat kat bandar Jerteh. Surau ni digunakan oleh peniaga2 kat bandar Jerteh ni untuk menunaikan solat.
Ini masjid kat Bandar Jerteh. Masjid ni baru siap dalam beberapa bulan. Tapi baru2 ni masjid ni dinaiki air.Ada masuk dalam suratkhabar.

Tiada ulasan: