Selasa, 16 Disember 2008

Hari Mengemas Rumah....

Hari ni bangun lambat betol,kol10 pagi. Itu pun mengantuk lagi macam tak boleh buka mata. Sebabnya semalam dalam kol 12 lebih gitu hubby tiba2 ajak gi downtown night market kat velodrom. Saja jalan2 tengok orang. Dalam tengah leka jalan2 tu tiba2 hujan lebat lak.... Terpaksala tumpang berteduh kat booth jual jam. Lama gak laa hujan tu. Alih2 dah kol 1 lebih. Bila hujan reda sikit,mencicit aku and hubby lari gi kat moto terus balik umah. Sampai umah tengok jam dah 1.30pg. Mandi2 rasa mata segar je pulak,tak bleh tido.Kitorang pun layan tengok tv laa sampai kol 3 baru ngatuk. Tu yang bangun lambat tu...

Hari ni wat operasi mengemas umah. Banyak betul laa barang tak berfaedah dalam rumah aku ni. Dah 4 plastik hitam besar aku isi barang2 yang nak buang,tapi masih banyak lagi ada dan bersepah. Tak taulaa barang apalaa yang banyak sangat ni. Kain baju dah berapa kali sedekah kat org. Ini ada 2 plastik lagi baju2 lama. Ingat nak buang je laa. Tak tergamak nak bagi orang.Buruk sangat...Akhirnya dalam kol4.30ptg aku berhenti. Bukan sebab dah habis kemas,tapi sebab penat sangat. Bersepah tetap bersepah aku tengok. Itulah masalah aku. Memang aku tak pandai berkemas. Nasib baik ada hubby yang mmg suka berkemas....selamat aku. Kalau tak,tongkang pecah pun kalah....

2 ulasan:

diyanaalia berkata...

thank you teacher keranaletak blog alia dlm list teacher.....yang salji tu teacher dapat kat mana???

HeZUiN berkata...

welcome...teacher lupa laa teacher amik kat web mana sebab banyak web yang teacher surf