Sabtu, 13 Disember 2008

Kampungku.....

Setiap kali balik kg aku mesti ada jer pembaharuan kat umah. Kalau abah tak beli perabot jati baru, mesti besarkan ruang2 kat umah. Kali ni, abah wat garaj kereta baru kat laman rumah. Besar gak boleh masuk 2-3 kereta. Kalau kenduri,tak payahlaa sewa khemah,guaa jer porch tu.



Inilah rumah yang berusia 16 tahun. Gambar agak gelap sebab cuaca mendung baru lepas hujan dah nak hujan lagi.

Ini porch yang sedang dalam pembinaan. Masa aku nak balik KL hari tu dah 95% siap tinggal nak letak tiles and cat je. Gambar ni aku ambik masa aku mula2 balik kg hari tu.


Tempat aku sekeluarga minum petang. Kami selalu minum petang kat luar kalau cuaca tak hujan. Kerusi batu ni dah lama. Mungkin umur kerusi batu ni dalam 20 tahun kot. Elok lagi walaupun dah berkulat sikit.

Ini dulunya kolam ikan keli. Besar sungguh ikan keli tu sampai aku geli nak makan. Sekarang aku tak pasti ada ikan lagi ke tak. Ini landskap abah dan mama.Tepi2 kolam tu ada pokok orkid harimau dan pokok2 hiasan lain lagi yang aku tak tau nama apa.

Ini salah satu daripada taman mini orkid mama. Ada satu lagi kat belakang umah, tak sempat nak amik gambar. Ada macam2 jenis spesis orkid. Mama memang minat sangat ngan orkid ni. Pantang ada spesis baru, mesti beli.

Tiada ulasan: