Semalam aku tak sempat nak updatekan blog...banyak tempat aku gi semalam..Pagi tu dalam kol 11.00 aku n hubby ke bangunan Takaful Malaysia. Aku nak refund duit yg aku potong untuk insurans ni utk 3 bulan. Dapatlaa rm300 lebih..tapi bulan depan baru dapat. Sebabnya aku dah terminate insurans ni dalam bulan 8 dulu. Tak berbaloi lasung,servis after sales very weak. Lepas selesai kat Takaful kitorang bergerak ke Pejabat Lawyer yg terletak kat Jalan Kuching. Punyalaa berapa kali pusing KL tak jumpa2...at last,jumpa juga. Sain agreement pindah hak milik strata. Kat sini kena kuar duit lak RM1000...:(.Pastu kitorang gi ke satu tempat kat Cowkit..Aku beli aksesori mcm rantai n gelang yg warna warni dengan harga murah. Kalau kat Jalan Tar harganya dalam rm10,tapi aku beli RM4...hehehehe..murah tak?
Dalam kol 3 mama call bagitau dah sampai KL...Mama,abah and adik aku datang KL jalan2. Diorang sampai lepak umah atuk aku. So, aku n hubby balik umah mandi2 dulu then kuar lagi. G psr tani jap konon nak beli tulang nak wat mi sup tulang mlm ni. Tapi tulang dah habis,beli laa daging. Jadi mi sup daging. Beli buah2, kuih n terus gi umah nenek.....kol 7 balik umah,msk2 mi sup daging. Malam lipat kain.Penat aku lipat kain mcm gunung. Ngantuk....
HARI NI......
Pagi2 ni aku wat breakfas mi goreng. Hubby gi kelas memandu kol 6.30pagi kat Hulu Langat. Sia dia terpaksa bangun pagi2 mcm nak gi sekolah. Hubby balik kol 9pg terus breakfast mi goreng...
Siap breakfast aku sambung lagi kemas barang sikit2..buang apa2 yang patut. Tapi itulah,still banyak lagi barang. Rupa2nya rumah aku ni penuh dengan barang tak berfaedah. Kol 12 lebih nanti aku n hubby nak g umah atuk. Lepas semayang Jumaat, nak gi jalan....
3 ulasan:
oo.merungut....xbaik...he.he
macam sedap mee goreng win tue..terliur akak
nampak je sedap...hehehe
Catat Ulasan