Aku tengah tengok drama "Antara Garisan" kat Astro...menyampah aku tengok org2 yg dlm cerita ni..ceritanya pasal org2 alim yg kononnya lebih ilmu agama daripada org lain..ni golongan muda yang alim la..ustaz ni baru je kuar Universiti belajar ilmu agama,pastu ada lagi beberapa org muda lain yg kononnya selalu dok beramal ibadat kat masjid tapi asyik keje jadi batu api..pastu ada sorang watak lagi,muda gak dengan pakai celak berserban,pakai jubah semua...diorang ni terlalu taksub dengan agama sampai memandang rendah pada org lain...dalam cerita ni norkhiriah berlakon sebagai gro pastu termengandung..yg geng2 konon alim ni boleh gi tangkap dia pastu pukul dan sepak2 dia...mcm tu ke cara menghukum?...pastu dlm cerita ni jugak ada sorang imam yang berumur,tetapi fleksibel...yang ni pada aku memang menunjukkan org yang beragama yang mengikut jalan yang betul...imam tu cakap kita tak boleh menjatuhkan hukuman sesuka hati kepada sesama manusia..setiap manusia tak sempurna dan setiap manusia ada melakukan kesilapan..setiap manusia jugak berhak untuk berubah dan bertaubat...sikap2 mcm ni memang ada dalam alam realiti pon..kita boleh nampak..aku bagi respon ni bukanla sbb aku ni rock ke anti ke..tetapi kdg2 aku tak boleh terima bila org yg kononnya mempunyai ilmu agama yang lebih tinggi dari org yang biasa2 ni memandang rendah kepada org lain..emmm...sebab aku sendiri pernah mengalaminya masa aku kat matrikulasi dulu..aku memang la agak rock gak kan,tapi aku masih tau batas2 nya..cuma ada sorang ni boleh plak bagi ceramah agama kat aku depan kwn2 aku..aku dgr je sampai dia habis bercakap..last sekali aku bgtau dia...mcm ni lah ek,parents aku pon tak kisah,so terima kasih je la...moral of the story,nak menegur tu tolong berhemah sikit ek..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan